pembaca setia

Thursday, April 29, 2010

tak sangka betul dia faham..





situasi 1:


Lepas saya hantar zikri ke rumah mama, mama pon nak buat susu untuk zikri sebab dia belum sempat menyusu pon dalam kereta..selalu dia akan menyusu dalam kereta..tapi hari tu tak sempat pula..


Semasa didapur masa nak bancuh susu..mama terlupa nak keluarkan tupperware susu dalam bag zikri yang ada di ruang tamu..masa ni zikri ada sebelah mama..dia berdiri atas kerusi kecik ikea kaler ijau pucuk pisang tu..


mama : alamak! terlupe pula nak ambil susu dalam bag..


zikri    : mmakk!! *sambil tepuk dahi* lepas tu terus turun dari kerusi pergi ke ruang tamu...


mama ingatkan zikri ni pegi main kat ruang tamu...lepas letak air dalam botol susu mama pon pergi la nak ambil susu dalam bag..mama nampak zikri tengah bersusah payah keluarkan tupperware susu tu dalam bag..


terkejut mama...tak sangka dia paham...
----------------------------------------------------------------------------------------------
situasi 2:


Ada 1 malam tu, kami 3 beranak berada dirumah.saya dan en.suami sedang menonton tv..zikri pula sedang leka bermain motor dan basikal...bingit rumah kami sebab motor dia tu ada macam2 bunyi lagu..


memandangkan rancangan pon tak berapa best..saya pon pilih lah channel 613 615 silap pulak..kebetulan cerita upin ipin the series pulak tu.zikri ni dari leka main basikal terus duduk sebelah saya tengok tv..haha..lepas tu tak semena2 dia punggah koleksi dvd yg saya letak atas kabinet tv tu..abis dia punggahnye...rupa2nye dia cari dvd upin ipin the movie tu.."geng"..dah dapat tu dia senyum lebar sambil pot pet pot pet sorang diri...haha...tak sangka dia kenal karektor upin ipin tu...bile upin ipin tu ckp ayat trademark dorg.."betul 4x" dia pon ikut skali cakap " tul 4x" haha..kelakor la zikri ni..


kami ni tengok dia..tak sangka betul dia paham..
----------------------------------------------------------------------------------------------
situasi 3:


biasanya di kawasan perumahan mama duduk tu lori kutip sampah akan datang kutip sampah pada hari2 tertentu...tapi tak ingat pula hari ape dia kutip..slalunya memang akan dengar la lori tu datang...dah kenal bunyi lori tu...


yang ini dapat info dari mama,tiap kali bunyi lori sampah zikri akan jerit.."ayah! ayah! pah! pah! " dia nak bagitau to'ki dia lori sampah dah datang..so kuar kan la sampah letak kat luar..masa to'ki dia ambil sampah nak keluarkan letak kat luar tu...masa tu mama tengah prepared nak masak2.dekat tepi kabinet dapur mama letak 1 plastik cili kering..mama nampak zikri bersusah payah tarik plastik tu nak bawak keluar sebab dia kata tu sampah..sambil tarik..mulut cakap " pah! pah! " ..haha sabor aje lah mama ngan karenah cucu dia tu..


tak sangka betul lah dia paham...hahaha...




lagi ada banyak lagi cerita mengenai zikri yang keletah tu..tapi tiba tiba ada kerja pula nak kene buat..nanti bila ada masa lagi saya sambung cerita ok..

1 comment:

yaya|azura said...

cubit dia sket. hahahaha.. klakar la zikri nie.