pembaca setia

Thursday, January 21, 2010

cuti tahunan ke cuti bulanan?

ok ok..hari ni nak cerita fasal apa ya?sedikit bingung memikirkan tentang apa nak diceritakan..tapi kelmarin saya ada 1 perkara yang membuatkan saya keliru sedikit..nak minta pendapat atau pandangan yang lain2..mengenai cuti tahunan atau dalam bahasa inggeris annual leave..

kelmarin,salah seorang rakan sekerja saya hendak meletakkan jawatannya di syarikat ini.dia pon tanya lah saya,macam mana nak kira notis berhenti kerja tu.maksud dia, nak tau bila hari akhir dia bekerja la.saya pon minta pendapat salah seorang kawan saya, khairiah.sebab saya pon dah lupa.hehe.khairiah kata, kalau dia letak notis berhenti kerja pada tarikh 19/01 dan tolak cuti tahunan dia yang berjumlah 11 hari tu maka hari akhir dia bekerja jatuh pada 03/02.hanya kira hari bekerja saja.cuti raya cina tu cuti am, so tak kira la.saya pon bagitahu lah rakan sekerja saya ni,dia pon sediakan la surat berhenti kerja.

lepas itu, selepas rehat dia pon hantar lah surat berhenti kerja tu kat bos.nak kata lama, tak lama pon dia dalam bilik bos.bincang apa tah.tapi kejap je.lepas dia keluar tu,saya pon tanya la dia macam mana keputusannya? dia jawab,pasal cuti tahunan tu tak boleh terus tolak 11 hari macam tu.hanya boleh tolak 1 hari sahaja.aik? saya pon pelik kenapa kena tolak sehari je? rupanya bos kata memang syarikat bagi cuti tahunan 12 hari.tapi sebulan hanya 1 cuti dibenarkan.jadi,kalau berhenti kerja hanya boleh tolak sehari cuti sahaja.sebab dia ikut pro rata.

boleh ke macam tu wahai kawan2 sekalian?saya baru tahu ni.saya rasa sangat tidak adil kepada pekerja.saya terasa polisi syarikat ni sangat kejam.kalau tidak boleh di tolak 11 hari..kenapa dinamakan cuti tahunan? nama kan sajalah cuti bulanan.betul tak?haish!! saya rasa sangat geram.

kawan saya kata,eksekutif sumber manusia tu bagitahu dia,semua syarikat polisi dia macam tu.tapi saya rasa tak..sebab sebelum ni saya pon ada pengalaman berhenti kerja di syarikat lain.tetapi boleh aja terus tolak cuti tahunan.huhu.saya pon tak tahu lah..mungkin lain2 syarikat,lain polisinya kot.apa2 pon saya rasa polisi cuti tahunan di syarikat saya memang tak boleh pakai..kesian kat pekerja...termasuk lah saya..huhu..:'(

nota kaki: senang cerita tanya pejabat buruh aja lah kan? hehe..ada no telefon tak?

6 comments:

lemangcute@chah said...

huhu..
Jaja.. memang kebanyakan company kira cuti macam tu.. kalo kat compony lemang, bila kita isi borang cuti,dia akan tulis 2 jenis perkiraan.. 1.cuti semasa yang layak diambil dan 2.Jumlah cuti tahunan yang masih available..

cuti semasa merujuk kepada cuti yang layak kita ambil setakat bulan yang sedang berlaku..

bila tiba bulan baru, otomatik bilangan cuti semasa kita akan bertambah..

i think its is normal prosedur..

mana2 company memang kira cam tu..

if kita diberi terus 12 hari cuti masa januari... masa januari tu jugak habis 12 hari kita bercuti.. februari sampai disember jawabnyer kene cuti tanpa gaji lah..

so ada rasionalnyer company wat pengiraan cam tu...

hehehe.. cool keh..
senyum sket.. :)..kan cute tu....

MummyAju said...

mmg camtu la kak.. mane² company pon gitu.. ikut bulan bape dia berenti, kalu jan makna nya satu hari jek la blh tolak..

Mrs Jaja said...

argh!! yeke? isk isk..

yaya|azura said...

ooo kompeni kakyaya dia tak kisah laa nak amik cuti 20hari masa disember tu pon takpe .. cuma kalau nak berhenti keje, dia akan kira pro-rata. kalau awal2 dia amik cuti pastu dia nak resign, makanya dia mungkin terpaksa extend resignation period dia la tu kot? :)

Zu said...

last time aku resign boleh pulak aku claim habis annual leave aku......emmm entahlah lain company lain policy kot:D

Mrs Jaja said...

ha...itulah zu..itulah yg jaja maksudkan...jaja pon pnh jek benti pastu claim terus semua cuti thnn yg tinggal..kali ni lain plak..tak bleh plak....isk..tak paham la...

takde ke policy yg standard?kan sng nak refer..