pembaca setia

Friday, January 29, 2010

alamak! bos dah tau la..*geget jari*

arghhh!!*tarik2 rambut dalam tudung ni* sabar aja lah...nak tau fasal apa saya jadi begitu? ha...fasal saya telah membocorkan rahsia nak cari kerja lain kepada bos secara tidak langsung.huh! mesti korang semua kata dalam hati *itu lah kenapa bagitau..kan bos dah tau.." huhu..nak buat macam mana semuanya secara tak sengaja.

saya telah update twitter dan tulis nak cari kerja baru di klang.nak dijadikan ceritanya saya telah link kan twitter saya dengan msn.so kalau apa2 yang saya update di twitter akan keluar di msn profile saya.melalui situlah bos saya boleh tau saya nak cari kerja lain di klang.hahaha gelak untuk diri sendiri.betapa bengongnya saya.isk isk.saya tak jangka pon bos akan buka profile saya di msn.wallawei...mesti banyak yang dia godek ni.arghh!! nasib baik saya tak tulis kutukan2 secara peribadi kepada bos saya dalam tu.hahaha..nasib baik sungguh.tapi saya ada tulis sebab2 saya datang lambat kerana bangun lambat dalam blog saya di msn...haishh!! habis semua dia tahu..

ok ambil ia sebagai pengajaran.lepas ini saya tak akan tulis apa2 yang berkaitan kerja dalam twitter or msn.kalau dalam blog ni ok lagi kot.bukan dia tau pon.hahaha...*sengal*

nota kaki : tau pon dari superior saya ni..haishh!!

Thursday, January 28, 2010

hahaha...gelak tak hengat bile baca balik email ni.

ops..sebenarnya email yang saya maksudkan diatas tu dah lama dah..zaman bujang2 dulu..masa kerja kat company lama di port klang.masa tu adalah zaman kegemilangan saotuck..saotuck tu ape? short form untuk school of sakit otak..itu si cah yang bagi kot nama tu..ahli2nya adalah orang2 lama balairaya atau pon dulu yahoo 360.

email tu betul2 ditujukan kepada en.som kita..atau nama sebenarnya eh! lupa pula nama sebenarnya..sape nama som ek? apa2 aja lah...orang yang bagi email tu pula ialah rakan sekerja kak maz @ maziah ibrahim..kepada orang baru balairaya memang tak kenal la siapa kak maz tu.sebab dia pon dah lama menyepi..eh! jom la kita layan email tu..pasti korang pon akan tergelak membacanya itu pon kalau korang faham la...tak pon kalau rasa tak kelaka korang layan kan je la....hihihi..*blushing*

Attn : Som @ Sham = Mengapa??

lahanat!

ni aku, amir. Aku rasa nama aku dah cukup familiar
pada kau sejak semalam kot...


Sorry sebab aku letak byk e mail address sebab aku tak
sure mana satu e mail kau. aku harap aku send kat
orang yang betul. Orang yang bernama Sham @ Som yang
selalu aku tengok kerap chat ngan Maz. Aku tak tau
nama penuh, sebab hanya nickname kau je yang tertera
di monitor. Aku yakin salah satu e mail di atas mesti
milik kau, Som. So, pada yang lain yang bukan bernama
Som, aku mintak maaf kerana membuang masa kalian
membuka e mail ini. Harap korang yang bukan Som jangan
baca terus bagi mengelakkan salah faham.


kau memang lahanat la...Som!
aku send gambar2 tu bukan untuk kau salah gunakan. Aku
sangka dengan menghantar gambar2 Maz n the Gang tu
dapatlah kau berkongsi gelak macam apa yang aku rasa.
Happy macam apa yang aku rasa. Tapi rupanya aku
silap...memang aku silap. Aku sangka dengan melihat
kau chat ngan Maz hari2, aku kira kau ni jenis yang
Maz boleh percayai. Akupun dengan bodoh bangangnya
attach gambar2 tu kat kau.


Aku silap. Aku bodoh...memang aku puncanya. Tapi kau
yang membesarkannya. Kalau kau fikir kau ada hak nak
heboh2kan gambar tu, kau kena fikir gak kau ada hak ke
untuk senang2 jatuhkan tuduhan dan hukuman kat Maz
cenggitu? Kau siapa nak kutuk dia? Kau jaga ke makan
minum sakit pening dia?


Som, masa aku hantar gambar2 tu ada ke sambil kutuk2?
Aku memang cakap "Kau nak tengok gambar 3 perempuan
Jalang tak?" Yess...i did say that dengan maksud
gambar aksi perempuan yang jalang. Maknanya mereka
beraksi seperti perempuan jalang. Bukannya mereka
adalah perempuan yang jalang!


Kalau korang nak tegur mereka beraksi sebegitu tidak
baik terutamanya wanita, aku tak kisah. Tegur je lah.
Tak payah nak sebar2 kan kat seluruh alam. Lepas ni
apa? Scan masuk dalam handphone pulak? Arrghh...aku
dah salah anggap pasal kau, Som. Aku ingat kau kawan
baik Maz. I thought u are the one whom Maz trusted
most. I really thought that. Tengok la sekarang...aku
punca kau pulak penyebar. Sudahnya semua orang sakit
hati di bulan2 posa ni. Aku sangka kawan2 yang Maz
selalu chat tu best-best.

Sorry la...aku lak yang emo lebih. aku tak tau apa aku
rasa sekarang. Bukan marah, bukan kecewa, bukan
sedih...rasa macam poyo pun ada gak ni. Aku cuma nak
luah perasaan aku je sebab aku masih tak dapat
keampunan dari dia (Maziah Ibrahim). tapi tak tau nak
luah kat mana (ayat sedih la pulak...)


Biar aku clearkan sikit di sini agar terjawab beberapa
soalan korang. Gambar2 itu diambil kat bilik aku.
Mungkin agaknya diaorang kebosanan sebab biasanya
waktu tengahari diaorang pergi lunch. Tapi bulan posa
ni nak makan apa. Masa tu aku takde di ofis sebab aku
yang gi lunch (kes tak posa la ni). So terciptalah
ilham dalam kepala diaorang nak bergambar dengan aksi2
demikian. Ya, memang bottle2 J.D, rokok2 dan gitar itu
milik aku, bukan milik orang Sarawak seperti mana Maz
dan Jaja terkial2 nak menepis cemuhan korang. See,
diaorang pun terpaksa bagi alasan bangang nak defense
diri diaorang. Korang dah kenal dia lebih lama dari
aku. Sepatutnya tiada prasangka buruk camni.


Cemana diaorang ada kat bilik aku? Sebab bilik aku
bersambung dengan office kami. Atau diringkaskan kata,
aku tidur kat store office! So, kalau korang nak tuduh
Maz berkawan dengan budak jahat, aku rasa itu bukan
salah Maz lah sebab dia tak ada pilihan kerana kami
officemate. Bilik aku tu pun dikira sebagai hak milik
pejabat gak. Mau tak mau hari2 Maz kena juga mengadap
muka aku, samada kawan atau tidak.


For me, there's nothing wrong with that pictures. I
was hoping that I did with them at that time. Until
right now, Aku still berulang2 menatapnya sambil
kejang perut sebab gelak time lapar. Rupanya, aku
sorang je yang rasa macam tu. I was totally wrong.


For Maz, aku harap kau baca gak email ni as I cc this
to you, hoping that u can forgive me. Aku yang salah.
Tak sangka boleh sebesar dan seserius ini. Kalau kau
rasa hari ni kau tak cukup "babi" kan aku, kau boleh
sambung "babi" kan aku pada esok, lusa dan sampai
bila2...asalkan kau, jaja dan sya dapat maafkan aku.


For Som, mungkin kau orang yang baik. Mungkin Maz tak
sebaik kau, tapi kau belajarlah bersangka baik.
Mungkin niat kau nak Maz jadikan ini pengajaran, tapi
bukan dengan cara persahabatan jadi taruhan.


For korang yang bukan bernama Som ataupun Maz yang
degil masih membaca dari tadi tak nak close e mail
ni...jangan nak mengada2 nak ambil tahu gambar2 apa
yang aku maksudkan. Lupakanlah...Bulan Puasa ni baca
Quran lagi elok.


Aku AmiR..(baru 2 hari posa sebeanrnya)

nota kaki : jangan ditanya gambar apa ok..huhu..saja je ni untuk hepi2..bosan lagi pon.

Wednesday, January 27, 2010

sepantas kilat edit dan hantar resume

hai pembaca2 setia..apa khabar? 2 3 hari ni saya malas nak membuat entri baru.kemalasan yang melanda diri.lagi pon kesibukan kerja menjadi faktor penghalang no 2..kenapa no 2? sebab no 1 ialah malas.hehe..

hari ini sebelum waktu makan tengah hari tadi,ada perjumpaan antara semua pekerja dan bos.ada 2 perkara penting yang di beritahu tadi.pertama,mengenai cuti separuh hari akan diberikan kepada pekerja pada 12/02 sempena CNY.kedua,mereka beritahu tentang penjualan syarikat kepada orang lain.*dalam hati..apa?*mereka cakap syarikat lain akan ambil alih syarikat kita dan kemungkinan besar kita akan berpindah ke PJ.*dalam hati...apa?tukar ke PJ?* besar kemungkinan dalam bulan 6 ni.aduh..saya rasa sangat la tak best sebab kene tukar ke PJ pula.bukannya apa, dah ar sekarang ni pon bukannya datang tepat pada waktunya di sebabkan kesesakan lalu lintas.kalau tukar ke PJ lagi lah lambat nampaknya.entah2 sampai kul 10..huhu..

ini tak boleh jadi..dalam hati dah ada perancangan nak cari kerja lain.tapi kalau boleh cari kawasan klang juga la..pasal malas nak pegi kerja jauh2.kalau boleh nak pegi kerja sebelah rumah je..*aha..sebelah rumah ada kilang kabus..boleh hantar resume nih*penat la kalau kena kerja jauh2 ni.terkejar2 nanti.dah la sekarang saya dah mula balik pergi kelas.memang penat la nanti...tak dapat ku bayangkan.

untuk itu,tadi saya dengan pantas kilat hantar resume yang dah di perbaharui kepada kawan saya.nak suruh dia hantar kan kat HR dia.sebabnya semalam saya ada tengok jobstreet dan nampak ada kekosongan jawatan itu di syarikat dia bekerja sekarang.ermm...macam tau2 je jobstreet nih.hehe.harap2 saya dapatlah kerja disitu.sebabnya sebelum nih saya pernah pergi interview kat syarikat tu..tapi lain jawatan pula dia offer kepada saya.saya pon tolak.kali nih harap2 lah boleh dapat jawatan yang saya nak tu.huhu.chaiyok2.

nota kaki : semalam terlepas 1 episod cerita joon pyo tu..isk!

Friday, January 22, 2010

2 sahabat kecil bertemu


apa yang bam2 tengok kan tu?zikri pula tercengang2


bam2 main apa benda entah mainan tu..zikri pula tersengeh2 pandang kamera


bam2 berdiri, zikri duduk butang baju pon terbuka seksi la kononnya tu*tayang perut time..inilah masanya nak tayang..kata zikri dalam hati..*


zikri ajak main botol,bam2 tak nak..dia nak main kiub tu juga


bam2 bertukar fikiran,nak main botol pula lah katanya dalam hati..


la..bukan nak main botol la,tapi nak bagi kiub kecil kat zikri yang asyik gigit botol.*kesian kot* eh! tapi best pula cerita kat tv tu kata bam2 dalam hati.


gambar2 di atas semuanya semasa berada di rumah kak lang di sri andalas..hari tu lepas saja balik dari kenduri kahwin kakak yaya, saya ajak aju singgah rumah kak lang.saja2 aja..lepak2 makan2.sebenarnya saja aja nak temukan 2 budak kecil ni..hehe

aju,maaf la sebab lambat nak bagi gambar2 ni.i malas sebenarnya nak upload2 gambar.hahaha...tapikan i paling suka gambar last sekali tu...syok betul bam2 tengok tv...hahahaha...

nota kaki : suka tengok budak2 ni main...

Thursday, January 21, 2010

cuti tahunan ke cuti bulanan?

ok ok..hari ni nak cerita fasal apa ya?sedikit bingung memikirkan tentang apa nak diceritakan..tapi kelmarin saya ada 1 perkara yang membuatkan saya keliru sedikit..nak minta pendapat atau pandangan yang lain2..mengenai cuti tahunan atau dalam bahasa inggeris annual leave..

kelmarin,salah seorang rakan sekerja saya hendak meletakkan jawatannya di syarikat ini.dia pon tanya lah saya,macam mana nak kira notis berhenti kerja tu.maksud dia, nak tau bila hari akhir dia bekerja la.saya pon minta pendapat salah seorang kawan saya, khairiah.sebab saya pon dah lupa.hehe.khairiah kata, kalau dia letak notis berhenti kerja pada tarikh 19/01 dan tolak cuti tahunan dia yang berjumlah 11 hari tu maka hari akhir dia bekerja jatuh pada 03/02.hanya kira hari bekerja saja.cuti raya cina tu cuti am, so tak kira la.saya pon bagitahu lah rakan sekerja saya ni,dia pon sediakan la surat berhenti kerja.

lepas itu, selepas rehat dia pon hantar lah surat berhenti kerja tu kat bos.nak kata lama, tak lama pon dia dalam bilik bos.bincang apa tah.tapi kejap je.lepas dia keluar tu,saya pon tanya la dia macam mana keputusannya? dia jawab,pasal cuti tahunan tu tak boleh terus tolak 11 hari macam tu.hanya boleh tolak 1 hari sahaja.aik? saya pon pelik kenapa kena tolak sehari je? rupanya bos kata memang syarikat bagi cuti tahunan 12 hari.tapi sebulan hanya 1 cuti dibenarkan.jadi,kalau berhenti kerja hanya boleh tolak sehari cuti sahaja.sebab dia ikut pro rata.

boleh ke macam tu wahai kawan2 sekalian?saya baru tahu ni.saya rasa sangat tidak adil kepada pekerja.saya terasa polisi syarikat ni sangat kejam.kalau tidak boleh di tolak 11 hari..kenapa dinamakan cuti tahunan? nama kan sajalah cuti bulanan.betul tak?haish!! saya rasa sangat geram.

kawan saya kata,eksekutif sumber manusia tu bagitahu dia,semua syarikat polisi dia macam tu.tapi saya rasa tak..sebab sebelum ni saya pon ada pengalaman berhenti kerja di syarikat lain.tetapi boleh aja terus tolak cuti tahunan.huhu.saya pon tak tahu lah..mungkin lain2 syarikat,lain polisinya kot.apa2 pon saya rasa polisi cuti tahunan di syarikat saya memang tak boleh pakai..kesian kat pekerja...termasuk lah saya..huhu..:'(

nota kaki: senang cerita tanya pejabat buruh aja lah kan? hehe..ada no telefon tak?

Tuesday, January 19, 2010

drama bersiri korea yang saya suka



ha...tengok gambar di atas tu.anda tahu cerita apa tu?ha...pada siapa yang tak tahu,itu lah gambar pelakon2 drama boys over flowers.cerita korea la...hehe..

drama ni sekarang telah mendapat tempat dihatiku...haha.mana taknya kalau tertinggal 1 episod cerita ni..mesti rasa kesal dan menyesal..haha.hebat betul kan penangan drama bersiri korea ni.

saya suka tengok pelakon lelakinya..comel2 tinggi2...paling suka yang memegang watak goo joon pyo tu.isk! suka la dengan dia..nasib baik saya sudah kahwin.kalau tidak,sekarang juga saya terbang ke korea cari dia.hahaha..berangan tak sudah..

pelakon wanitanya (geum jan di)pula takde la cantik mana..ok ok la..comel bila senyum je.tapi watak yang jadi tunangan goo joon pyo tu comel la.patut yang tu la jadi heroin..ape la pengarah cerita tu.

jalan ceritanya menarik..ada kelakar,sedih, campur2 la..berkisarkan kisah seorang budak perempuan ni yang berjaya selamatkan seorang budak lelaki dari bunuh diri di sekolah ternama akibat dari perbuatan kumpulan F4 yang diwakili 4 orang budak lelaki anak orang kaya.semenjak dari itu,macam2 peristiwa yang berlaku sehingga ketua F4 jatuh cinta dengannya.

pada sesiapa yang tak tengok lagi tapi nak tengok lepas saya cerita ni bole la tengok di tv8 pukul 8.30 - 9.30 pm.waktu malaysia.kalau anda pakai astro  sila tekan siaran 708.haha...promosi..promosi...

nota kaki: cerita ni ala2 cerita meteor garden..F4 tu..

Monday, January 18, 2010

suara saya sengau + batuk kong kong

ye! itulah status saya di msn pada hari ini.hari ini saya terasa sangat lemah untuk melakukan apa2 saja perkara.mungkin di sebabkan demam tak kebah lagi agaknya.saya mula demam masa hari jumaat lepas.malam tu memang tidak boleh tido.selsema saya teruk sangat.hidung pon tersumbat.

hari sabtu en.suami hantar saya dan anak ke rumah mama.saya dan anak tido di rumah mama masa hari sabtu tu kerana en.suami kerja malam dan ot.tidak dapat menjaga kami yang sakit ni.anak saya tidak demam tapi dia selsema + batuk berkahak.rupanya sampai dirumah mama, wafa (sepupu yang tinggal dirumah mama) pon demam jugak.selepas itu, kak lang pon sampai dirumah mama.dia juga demam.haha..rumah mama jadi tempat berkumpul orang2 demam.so keraplah bunyi orang sedut2 hingus dan batuk kong kong.

hari ini, kalau ikutkan hati memang nak MC.tetapi bila fikir balik setiap hari isnin boss selalu nak cek buku tunai,maka terbatallah hasrat nak MC tadi..huhu.mana taknya saya tak kemaskini lagi buku tunai tu.hehe..

pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat, saya rasa sangat mengantuk.tidak tahu kenapa.adakah kerana pengaruh ubat tak habis lagi?tetapi malam tadi saya tidak mengambil sebarang ubat pon.*garu kepala* adakah disebabkan badan tak sihat mata otomatik menjadi mengantuk? *mungkin juga* sebab saya selalu begitu..kalau demam terasa asik nak tidur saja..maka dengan itu saya nak ambil kesempatan waktu rehat ni nak tidur sebentar.hehe...da...zzzZZzzz..

nota kaki : makan pon tak habis..hilang selera makan.

Friday, January 15, 2010

hampir2 kemalangan

rabu, 13 januari 2010

kebiasaan saya bila pulang dari kerja akan terus kerumah mama di kampung delek,klang.dan seperti biasa, saya tidak terus balik kerumah sendiri akan tetapi saya akan melepak sehingga cerita boys over flower tu habis..cerita tu mula dari pukul 8.30pm - 9.30pm...cerita tu sangat best...dan lagi best kalau tengok ramai2 bersama keluarga...hehe. ok ok saya bukan nak cerita fasal boys over flowers nih..tertukar tajuk pula.

kembali kepada tajuk utama, selepas habis cerita itu saya pon bergerak pulang kerumah.untuk pulang kerumah saya ada 2 pilihan jalan.pertama melalui klang dan yang kedua melalui port klang.ok pada hari kejadian saya melalui jalan kedua.semasa di lampu isyarat jalan yang menghala ke northport,lampu hijau di laluan saya.akan tetapi ada satu lori kontena di simpang yang lain seolah olah tiada niat mahu memberhentikan kenderaannya maka saya pon mengurangkan kelajuan dan dalam masa yang sama menukar gear ke gear yang rendah.kebetulan pada waktu yang sama dibelakang kereta saya ada 1 lori kontena yang sederhana laju dan hampir2 melanggar belakang kereta saya sambil membunyikan hon banyak kali.saya berasa sangat cuak dan takut....semua perasaan bercampur menjadi satu.

pada masa tu saya tidak berfikir panjang lalu terus menekan pedal minyak selaju yang mungkin.huhu...alhamdulillah, nyawa saya dan anak masih panjang.apa yang dikesali,selepas melepasi lampu isyarat itu, lori kontena dibelakang saya itu seperti marah dengan saya dan menghimpit kereta saya ketepi.pemandunya seperti tidak memikirkan keadaan pemandu kereta yang dihimpit ketepi itu.itulah sikap pemandu lori kontena yang sangat2 saya tidak berkenan.sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.kesannya saya tidak mahu lagi pulang kerumah melalui jalan port klang.saya rela melalui jalan klang yang sangat jammed itu.huhu..

kalau pambaca sekalian nak tahu, keadaan saya pada masa itu dah kelam kabut.kaki menggigil2.bila tekan pedal brek pon tak terasa.kaki terasa seperti kebas.jantung berdegup laju.dan sepanjang jalan saya menangis.takut memikirkan kalau kejadian tadi tu tidak seperti yang diharapkan.takut terjadi apa2 kepada anak saya yang masih kecil dan tidak tahu apa2.huhu..

oleh itu, saya nasihatkan kepada siapa2 sahaja dimuka bumi ini supaya memandulah dengan berhati2.fikirkan orang tersayang...tetapi kadang kala kalau kite terlebih berhati2 pon bole berlaku kemalangan kan? kenapa ye? takdir agaknya...redha aja la..

kepada pemandu lori pula sila memandu dengan cermat.jangan suka memandu rapat di belakang kenderaan orang lain.jika berlaku apa2 yang tidak dijangka akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.sila ambil perhatian ok! entah apa yang dikejar agaknye pemandu lori ni..*geleng kepala*

nota kaki : cuak tak habis lagi..

yang benar,
faizah

Wednesday, January 13, 2010

saya suka tengok perempuan cantik

cantik..cantik...cantik...perkataan cantik tu pon dah melambangkan sesuatu yang indah untuk di pandang.siapa yang suka tengok sesuatu yang cantik? tak kisah la orang ke,pemandangan ke,benda ke..etc.yang saya tau, orang lelaki memang suka tengok perempuan cantik.betul tak?*mengaku aje la..huhu..*

kalau saya pula, saya pon suka tengok perempuan cantik.hehe...saya suka tengok sahaja ok.*tolong jangan fikir bukan2*ok lah contoh perempuan cantik yang saya suka tengok ialah...jeng jeng jeng...pelakon fasha sandha.haaa...mesti ramai yang cakap "eeewww...tak ada perempuan lain ke?" haha..walaupon perangai dia ramai yang tak berkenan, akan tetapi saya tetap suka tengok wajah dan penampilan dia...macam perfect je.saya rasa itulah kelebihan dia kot.perangai tidak disukai ramai akan tetapi memiliki wajah menawan, pasal tu orang masih mengikuti perkembangan terbaru dia..cuba korang bayangkan perangai dia tak disukai lepas tu muka pulak tak menawan..biasa2 aja...saya sangat pasti korang pon tak nak ambil tahu pasal dia..entah2 tengok pon tak nak kot...huahuahua..

siti nurhaliza pon saya suka tengok wajah dan penampilan dia..perfect! cuma gaya bertudung dia sahaja yang saya tak berkenan sangat.serupa macam tak pakai aja.selain itu, memang saya suka tengok.siti ni, yang saya perasan la makin di tengok makin cantik.macam ada sesuatu jek kat muka dia tu yang buat orang nak tengok je..*pakai susuk ke?* huhu..minta2 la tak ye..ape2 pon dia memang cantik la..untungnye jadi siti nurhaliza..

selain artis, saya pon suka jugak tengok perempuan cantik yang lain.tak kisah la di mana2 pon. kalau ada perempuan cantik pasti saya tengok..tapi takde la tengok sampai nak telan orang tu.suka tengok aja.entah la...pelik pula saya rasa perangai saya ni...*atau ada antara korang pon macam saya juga?*haha.

budak ini ada potensi tak menjadi jejaka kacak?haha..

ok lah..baik saya berhenti menaip sekarang sebelum saya melalut dengan lebih lanjut..

nota kaki : kalau korang nak tahu..hari ini saya sangat bosan dan mengantuk..maka jalan penyelesaian saya taip entry baru..akan tetapi jadi begini pula...melalut saja. skema rama pula tu..