pembaca setia

Wednesday, March 31, 2010

the latest pic of zikri & story

sekarang ni kalau pegi mana2 saya letak aja zikri dalam carseat tu.sekarang dia duduk belakang.dia pon ok jek.tak banyak ragam.so saya pon boleh la releks sikit.kalau pegang dia nanti saya yang penat.dia bukan nak duduk diam pon.tengok tu..duduk dalam carseat pon tak penah sopan.mengangkang je.nasib baik lelaki kan...ada lah excuse..huhu..

imam muda mommy

tengok lah budak kecik ni.dah pandai nak sembahyang dah.masa ni kat surau dalam JJ Bukit Raja..dia tengok orang lain sembahyang dia pon nak sembahyang juga..hehe..comel betul tengok pergerakan dia..masa dia sujud lagi kelakar..haha..


botak lagi...haha..tengoklah kepala dia besar kan dari badan dia...acu dia dah panggil zikri ni jidin dah...tak tau jidin tu apa? buka lah tv3 setiap hari isnin pukul 9.00 malam..pasti anda jumpa jidin..muahahaha...

Monday, March 29, 2010

kemusykilan yang terlintas di hati nurani ku ini..

hari ini saya makan laksa dan air sirap untuk makan tengah hari.lama tak makan laksa, terasa sedap sangat laksa tadi.padahal biasa aja laksa tu.hohoho..

balik pejabat, selak surat khabar the star.terjumpa flyers MC'D.macam best pula tengok set breakfast ni.teringin nak cuba set2 breakfast tu.tapi mana ada sepanjang jalan ke pejabat tu MC'D kat tepi jalan.KFC ada la.isk isk...takpe akan saya usahakan di hujung minggu nanti.bawa zikri breakfast MC'D la pula.hehe..

kawan2 sekalian, dalam pejabat saya ni ada seorang sabah-an.keturunan cina la.tapi kan dia cakap melayu sangat fasih.sangat senang berkomunikasi dengan dia.tak macam perempuan yang perasan cantik tu.asik salah faham aja dengan dia..hahaha..di pendek kan cerita,orang sabah di pejabat saya ni namanya nelly.dia ni suka sangat lah cakap " ya allah!" sikit2 "ya, allah!" macam kita orang islam cakap.kan kadang2 kita akan cakap "ya allah!" dia pon cakap macam tu juga. so, saya nak bertanya la kepada kawan2 sekalian, tak apa ke kalau orang bukan islam cakap sedemikian? kita yang orang islam ni patut menegur dia atau tidak? sebabnya saya rasa sangat tak selesa la..sampai terfikir dia ni cakap macam tu dia faham ke tidak maksudnya tu? atau pon dia tau ke tak kalimah Allah yang dia sebut tu tuhan kepada orang beragama islam? isk isk..cemana nak cakap ek?

ok itu saja untuk hari ini...

Friday, March 26, 2010

bila jaja dah berkata2

kata2 ni ku tujukan kepada beberapa orang nih :

1) rakan pejabat bahagian MIS :
- hei kamu, so far tak elok la saya tengok kamu berpakaian begitu di hari jumaat yang mulia ini. kamu tu bertudung kenapa pula memakai seluar "steng" (istilah kepada seluar yg dibawahnya pendek di atas buku lali) nampak sedikit banyak buruknya.kalau kaki cantik takpe la juga...:p *tak berapa baik dengan dia sebab dia la yang pernah mengata ku dahulu..sakit hati sesangat..saya dah maafkan dia tapi parut masih ada..*

2) rakan pejabat bahagian akaun :
- hei kamu, suka hati saya lah nak makan banyak ke tak.kenapa kamu sibuk2? jeles ke tak dapat makan banyak macam saya? biar la nanti ukur lilit ku ini jadi besar ke ape ke..tak ganggu hidup mu pon.so jangan masuk campur urusan saya lagi..lagi pon kamu pon bukannya kurus sangat. bila pakai baju ketat, nampak juga spare tyre sana sini..huh! silalah sedar diri sebelum kata orang gemuk! *so far menyampah giler dengan minah ni..perasan lawa je..dia perasan dia paling cantik dalam ofis ni..huh! pastu suka ckp mcm ni "im so talent kan?" bila buat sesuatu kerja dapat pujian..huh! perasan!*

3) rakan pejabat bahagian merchandise :
- wahai kamu, saya rasa saya tak ada masalah apa2 dengan kamu.walaupon ada tapi saya abaikan aja.sebab kesian pula kalau saya mengabaikan kamu sebab nanti tak ada orang nak bawa kamu keluar makan.tapi dalam kebaikan saya ni silalah jangan pijak kepala.jangan lah kamu mengata2 ku di belakang seperti yang kamu pernah lakukan dahulu. sakit hati tau bila tau.*dia ni plak dulu tak pandang pon saya masa kawan kamceng dia ada..tapi bila kawan kamceng dah takda baru sibuk2 cari saya sebab nanti bole pegi makan sama2..huh! what a fake!*

muahahaha...puas hati la dapat luahkan dalam blog ni..nak kata sendiri cam tak ada kekuatan untuk itu. kata dalam blog aja lah..muahahhaha...

Thursday, March 25, 2010

bawa zikri cek up

ok ok kita lupakan seketika cerita ikan kurau masak stim..haha..hari ni saya ambil half day lagi....untuk ape? buat ape?

sebabnya saya nak bawa zikri pegi cek up la..sebenarnya dah lambat beberapa minggu dah..hehe..mula2 terlupa pas teringat tu tangguh2 pula.haisshh!! pemalas tul la mommy ni..

so hari ni pagi2 isi borang cuti.nasib baik approved.kalau tak approved saya seligi mereka ni.haha..

perut berkeriut la pula.tak makan lagi.half day la katakan..tak bole la kuar lunch.takpe lagi beberapa minit je lagi nak balik.12.30 tgh hari tepat akan ku keluar sepantas kilat.huhuhu...

ermm....ok la itu aja nak update.byeeee..

Wednesday, March 24, 2010

masak ikan kurau stim @ pejabat

wahai kawan2 sekalian alam siber...mari sini saya nak bercerita sikit.heehhehe...nak cerita pasal hari ini saya dan akak kat ofis ni main masak2 kat ofis aja..

mula2 kita cerita kisah semalam ok..semalam memang dah plan ngan akak kat ofis ni nak masak ikan stim kat ofis.pastu saya pon saja2 lah cuba tanya resepi dari kawan ofis yang berbangsa cina mengenai resipi ikan stim.biasanya orang cina kan suka buat ikan stim kan,so nak tau la juga resepi dorang macam mana. mereka pon pot pet pot pet pot pet...sampai nak gaduh2 cerita resipi mereka.hahahha...kelakar la pula saya tengok.saya hanya tanya aja bukan nak guna pakai pon resepi mereka.sebab bile dengar resepi mereka of coz la tak halal kan sebab mereka letak wain dan bunyi macam tak sedap aja.hahaha...geli pula nak try resepi mereka..

then, kakak ofis yang nak masak ni decide buat cara orang melayu punya resepi aja lah...halal dan of coz sedap..so barang2 masakan akak tu yang bawak dan prepared dari rumah. saya hanya supply ikan saja.sebabnya en.abang saya kan suka memancing.saya dah pesan dengan dia kalau ada ikan yang berat lebih kurang 500g bawak balik rumah,saya nak bawak kat ofis.then dia betul2 dapat ikan 500g ikan kurau lak tu.perghh...memang terbaik la.

hari ini saya datang ofis bawa ikan.sampai2 saja bawak masuk pantry terus.lepas tu akak tu pon terus perap kan ikan dengan bahan2 yang dia bawak tu...letak dalam peti ais.dalam pukul 12 tgh hari tadi baru masuk kan dalam periuk nasi yang memang dibawa oleh akak tu. dalam setengah jam juga la nak tunggu dia masak betul2.ermmm...wangi betul aroma ikan stim tu.bila makan pon rasa sedap.puas hati betul lah.bila dah sudah makan buka la pintu...aroma tu pon keluar...mereka ni pon bau la wangi ikan stim tu..terus mereka lapar dan bergegas keluar makan.hahaha...kesian hanya dapat bau aja.nak kasi nanti tak cukup pula.biar lah...geli la nak campur2 makan dengan cina nih..eee..yek!

ermm..lepas ni plan nak buat masakan lain pula.macam2 dah plan ni...nak buat sup la..nasi goreng la..haishh!! bestnye la makan....*senyum lebar lebar*

ok lah tu aja lah nak bagitau kat korang semua.cerita pasal masak2 aja.sorry la tak ada gambar la.dah habis makan baru teringat lupa nak ambil gambar.lain kali aja lah ek.

habis cerita....

Tuesday, March 23, 2010

share dengan saya blog/site jual buku kanak2

hrmm...bosan la hari ni..baru sekarang dapat jenguk2 blog sales..dari tadi busy dok buat keje aje..sampai naik bosan.

hehehe...saya sekarang ni dah terjebak dengan online shopping..syok tul la. tak payah keluar gi mana2 kalau nak beli belah..sangat senang kita hanya pilih2 pastu email tuan empunya blog sales cakap kita nak yang mana then bank in duit.ermm..senang bukan?

barang yang selalu saya beli di online shop ialah baju zikri la..baju tido biasanya..comel2 la tak bole tahan tengok.tu yang beli juga tu.so far bila dah received barangnya memuaskan hati la..takde la hampa kecewa.

sekarang koleksi baju tido zikri yang beli online ada 4 helai...tapi 1 helai tu dah hilang la...tak tau pegi mana...cari2 tak jumpa.geram tul.*berfikir lagi sekali mana letak baju tu*

sekarang ni memandang kan anak saya tu suka sangat dengar mommy dia bacakan buku untuk dia, jadi saya pon teringin sangat nak cari beli buku2 untuk budak2 baya dia.ada sapa2 tau tak blog sales yang jual buku2 untuk kanak2?kalau ada share la dengan saya. yang saya jumpa ada 1 site ni..littleparade. sekarang ni tengah pilih2 buku apa nak beli..hehe...jom mommy's2 di luar sana...kita galakkan anak2 kita membaca..:p

Friday, March 19, 2010

ponteng class lagi

hari ini tak tau nak cerita pasal apa selepas terperangkap dalam rumah sendiri..hehehe..

hari ini saya ada class..tapi macam malas nak pegi..huhu..malasnya yang teramat sangat..hahaha...nak balik cepat la hari ni..tak kire..*jelir lidah*

sorry kepada mr.kelvin, saya tak dapat hadir hari ini..kerana malas melampau..hahaha...c u next class la... :p

itu saja..bye!

Thursday, March 18, 2010

saya dan anak terperangkap dalam rumah..help!

apa? terperangkap? haaa...betul ni..tak tipu...memang pagi tadi saya dan zikri terperangkap dalam umah.ntah apa2 je rasanya..hihihi..kelakar pon ye juga.ada ke dalam rumah sendiri pon bole terperangkap terkunci.sengal.

ceritanya begini..semalam saya sampai rumah malam.then biasanya saya sampai rumah keluar kereta angkat zikri ngan barang2 semua.then terus kunci gate.akan tetapi semalam abg din ada kat rumah.dia kerja shift malam.then dia kata jangan kunci gate lagi.nanti dia kunci.saya pon ok jek la.saya pon terus masuk macam biasa.

keesokan harinya makna kata pagi tadi la.saya bersiap macam biasa.lepas dah siap2 kan diri dan anak,kami pon turun ke bawah la..biasanya saya letak kunci atas meja.pagi tadi saya cari2 tak jumpa pon.gelabah je.yela nak buka grill tak dapat ni.saya pon berlari ke atas cari kunci spare.sekali hampa sebab kunci spare takde untuk grill dan sliding door.rasa nak pengsan jek.call2 abang din dia kata dia tak ambil kunci saya.pastu bebel2 pula kata saya letak merata.isk isk...bikin hot je la abg din ni.orang dah ar nak cepat.lepas pasrah tak jumpa kunci saya pon sms member ofis cakap masuk half day hari ni..huhu..

skali tu tengah duduk2 kat kerusi sama2 zikri,nampak la jiran sebelah baru keluar rumah.saya pon apa lagi..minta tolong dia la cek kan kunci ada dalam kereta ke tak.dia pon tak nampak.tapi kebetulan pula ada anak jiran tu lalu depan rumah,akak tu pon panggil budak tu minta tolong panjat pagar rumah saya tengok kan ada tak kunci dalam kereta.budak tu pon panjat la.huhu..beraninya budak tu.sekali tu memang betul pon kunci dalam kereta.hohoho..apalah saya ni.kunci pon leh tinggal.

begitu lah ceritanya macam mana saya dan anak terperangkap terkunci dalam rumah sendiri...hehhee..

abis cerita..

Wednesday, March 17, 2010

semua dalam satu entry

lama betul rasanya saya tak update blog ni.rindu rasanya..:p sebenarnya saya tak tau nak cerita apa kat sini..rasa macam kosong je hari ni..tak ada idea langsung..*sedang berfikir*

penantian jawapan untuk kerja yang pergi intebiu haritu tak dapat pon lagi...tak dengar kabar berita pon....huhu...macam tak dapat jek...huwaaa...*sob sob sob* :'(

rayyan zikri pula lepas baik dari semput2 dia tu...dia cirit birit pula sekarang ni...adeh...pas satu2 la budak ni...macam mana nak gemuk kalau asik cirit birit jek..mommy dah bagi susu yang bagus pon tak naik juga badan tu...zikri..zikri...cepat la sihat sayang...mommy rindu badan zikri yang gebu dulu...

ermm...teringin nak tengok alice in wonderland..tapi macam susah la sekarang nak tengok wayang.mana nak letak budak kecit tu.tak kan nak tinggal umah mama pastu mak bapak dia hoyeh2 diluar sana..isk isk..tak patut betul...takpe,tunggu jek la dvd keluar..tengok saja kat rumah...lagi pon tv ku itu pon dah macam wayang..*senyum lebar lebar*

sekarang tengah fikir nak cat rumah warna apa...en.abang dah tanya nak cat kaler apa..ape tema umah kite ni? hohoho..tiba2 baru terfikir tentang tema rumah tu...ermm...korang rasa cantik kaler ape ek? sila bagi cadangan yang bernas ye..mungkin akan diguna pakai di kediaman ku itu..hehe...

sekian, terima kasih.

jaja

Friday, March 12, 2010

dah intebiu dah

kawan2..saya dah selamat di intebiu..huhu...semangat tul nak di intebiu saya datang awal tadi...hehe..masa di intebiu pon bole tahan lama juga la..selalunya saya intebiu kejap2 je...kali ni lama pula.macam2 orang tu tanya..haishh...kalau tanya banyak2 tapi bagi saya kerja tu takpa la juga..kalau tak bagi memang hampes la.*dalam hati harap2 dapat* haha..

ok la, saya half day je hari ni..so sekarang dah kat ofis. kene buat kerja ni walaupon bos2 takda..huhu..ok la..lain kali kalau sempat saya update lagi ok..just nak inform yang saya dah pergi intebiu tu jek..

bye..

Thursday, March 11, 2010

kerana 1 panggilan telefon saya jadi teruja

hari ni nak update blog lah.sebab sekarang ni saya ter'over' eksaited.haha..over eksaited sampai tak boleh concentrate buat keje.haha..apelah ada juga orang macam ni kan. :p

ok, u ols nak tau tak kenapa saya over eksaited? meh sini duduk dekat sikit *sambil tangan lambai2 panggil korang* pagi tadi saya dapat 1 panggilan telefon. tapi masa tu saya sedang buat kerja.so tak sempat nak jawab panggilan.bila tengok telefon tu dah tinggal miss called.tengok nombor pon macam no rumah/ofis. tangan saya gatal,terus dail balik no tu. rupa2nya betullah tu no ofis. ofis yang saya pernah apply untuk jawatan kosong. huhu...saya pon macam hampa sikit sebab orang yang jawab panggilan tu tak tau siapa yang called saya. lepas matikan talian saya berdoa supaya orang yang call tadi call saya balik. guess what? memang orang tu call balik pon. teruja betul saya menjawab panggilan itu. orang tu panggil saya untuk interview esok. saya dengan senang hatinya pon jawab ok. dah tak fikir panjang dah. sebab saya memang menunggu orang panggil untuk di interview pon. alang2 orang dah panggil saya pon on je la. plus ofis tu memang kat klang. lagi la saya teruja. saya memang berharap dapat kerja di klang. sebab dah penat nak merentas lautan kereta di pagi hari. hahaha...*kepoyoan melanda diri*

huish! saya macam dah letak harapan besar je. macam berharap sangat dapat je kerja tu. orang kata jangan terlalu berharap sangat takut kecewa dikemudian hari. ermm..so saya pon 50-50 je la. kalau tak berharap sangat pon tak bole juga. kang nampak sangat macam tak eksaited atau nampak macam tak berminat dengan kerja tu. apa yang bole saya buat sekarang menyiapkan diri untuk interview esok. prepare la ape2 yang patut kan. buat betul2 interview nanti dan tak dilupakan berdoa kepada tuhan.

wallawei, memang teruja gile la saya ni. baru dapat panggilan untuk interview pon dah jadi begini. belum lagi kalau dapat kerja tu. hahaha.. takpe, sukati saya lah nak buat apa pon. janji saya happy, anak saya happy, suami saya happy. :D

ok lah, sampai sini saja laporan saya pada hari ini. jumpe lagi dilain masa ye!

nota kaki : korang doakan jaja dapat kerja tu ok.

Tuesday, March 9, 2010

rayyan zikri dah 15 bulan la...

zikri


zikri & mommy


muhammad rayyan zikri sekarang ni dah berumur 15bulan..wah,sekejap je masa berlalu.pejam celik pejam celik dia dah besar.*senyum lebar lebar* puas hati dapat tengok dia membesar.nak kata sengan sihatnya,tak bole juga sebab dia ni pon selalu aja kene amik gas.last dia amik gas malam tadi la dan petang ni kene amik lagi gas.huhu...bukan amik gas masak tu ye,ni amik gas untuk cair kahak dia kat paru2 tu..takut orang salah paham pula.hehe..

ok lah meh kita baca perkembangan zikri sepanjang dia 15bulan ni..apa yang dia dah pandai buat..

here we goes:-

* dah pandai panggil papa,mama,ayah..bila tiba mommy jadi ammi..slow lak tu cakapnya..
* dah kenal cat..nampak cat terus panggil tet..
* dah pandai salam n sayang orang lain kalau nampak mommy siap2 nak balik.
* dah pandai memanjat kerusi n katil..pastu guling2..haishh!!
* dah pandai nak main2 kat luar rumah ni..bila ajak masuk rumah tak nak pula..
* pandai buat aksi stunt bile naik motor tolak pakai kaki tu...ape tah namanya..
* suka sangat bersiar2 waktu petang naik motor..kene pusing lama sket.kalau tak dia mengamuk tak nak turun.
* kerap bergaduh dengan ayek. hahaha...(satu kepandaian ke ni?)
* sangat suka buku..nampak buku je mesti nak selak or baca.(baca ke?konon2 macam baca la..) ermm...mommy kene rajin bacakan buku untuk zikri la nanti.
* suka main kejar2..kadang tu mommy kepenatan sebab kene main kejar2 ngan zikri.
* suka sangat main kipas..tekan2.mommy geram mmy pon cabut plug kipas tu.dia tau pula tu..bila kipas tak boleh on dia nak pasang balik plug tu.pandainya...
* remote tv kene sorok dari dia.kalau tak nanti kita pon pening nak tengok mana satu siaran.sebab dia asik tukar2 je siaran.

wah..lau nak senaraikan banyak lagi sebenarnya..cume ni aja yang terlintas di fikiran sekarang ni..hehe..lain kali bile teringat saya update lagi.buat masa sekarang ni saja lah.happy viewing! tata*tangan lambai lambai*

Wednesday, March 3, 2010

sorry

sorry..minggu ni tak dapat nak update apa2 entry...hanya entry 'sorry' ni aja yang sempat buat.saya sangat sibuk sepanjang minggu ini...haisshh!!*serabut*

nota kaki: alamak! dateline hari ni...banyak tak siap lagi...ayoyo...abis la...*rolling eyes*