pembaca setia

Monday, March 29, 2010

kemusykilan yang terlintas di hati nurani ku ini..

hari ini saya makan laksa dan air sirap untuk makan tengah hari.lama tak makan laksa, terasa sedap sangat laksa tadi.padahal biasa aja laksa tu.hohoho..

balik pejabat, selak surat khabar the star.terjumpa flyers MC'D.macam best pula tengok set breakfast ni.teringin nak cuba set2 breakfast tu.tapi mana ada sepanjang jalan ke pejabat tu MC'D kat tepi jalan.KFC ada la.isk isk...takpe akan saya usahakan di hujung minggu nanti.bawa zikri breakfast MC'D la pula.hehe..

kawan2 sekalian, dalam pejabat saya ni ada seorang sabah-an.keturunan cina la.tapi kan dia cakap melayu sangat fasih.sangat senang berkomunikasi dengan dia.tak macam perempuan yang perasan cantik tu.asik salah faham aja dengan dia..hahaha..di pendek kan cerita,orang sabah di pejabat saya ni namanya nelly.dia ni suka sangat lah cakap " ya allah!" sikit2 "ya, allah!" macam kita orang islam cakap.kan kadang2 kita akan cakap "ya allah!" dia pon cakap macam tu juga. so, saya nak bertanya la kepada kawan2 sekalian, tak apa ke kalau orang bukan islam cakap sedemikian? kita yang orang islam ni patut menegur dia atau tidak? sebabnya saya rasa sangat tak selesa la..sampai terfikir dia ni cakap macam tu dia faham ke tidak maksudnya tu? atau pon dia tau ke tak kalimah Allah yang dia sebut tu tuhan kepada orang beragama islam? isk isk..cemana nak cakap ek?

ok itu saja untuk hari ini...

5 comments:

yaya|azura said...

hahaha... baru pagi ni kakyaya drive tru makan mcegg muffin mcd .. nyumm nyummm.

org sabahan mmg gitu.. itu belum dengar dia sebut "astaga" dan macam2 .. siap ada yang mengucap panjang pon ado. hahaha...

kakyaya punya pendapatlah.. dia tau maksuh Ya Allah tu apa but dah terbiasa. Bukannya dia pakai utk memburukkan ke apa ke kan? :)

Mrs Jaja said...

cet...dia dah makan breakfast mc'd rupanye...huhu..best tak?

ermm..yeke? ooo...takut dia main2kan jek..tak suka sbnrnye dgr...tp dia ni seorang yg kelaka...bila dia ckp jaja tergelak pulak.. :p

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Mmg diaorg guna nama ganti bagi Jesus Christ sebagai Allah kat Sabah sana tu...

Mrs Jaja said...

ooooo...ganti guna nama allah? takpe ke? kekonpiusan telah berlaku...

MummyAju said...

mmg camtu kak,kat sabah sume cenggitu, even bkn islam..tp dorg tak maksud mengejek pon..i pon tak tau blh ke tak sbnrnye,huhuu..