pembaca setia

Tuesday, June 1, 2010

balik kampung ke Kuala Terengganu

Khamis malam yang lepas, saya dan zikri(kecuali en.suami) sekeluarga termasuk ayah,mama,adik,family kak long,kakngah dan kaklang bertolak ke terengganu..memandangkan perancangan asal nak gerak lepas maghrib,saya pon kenelah pulang kerumah dari tempat kerja awal sikit dari biasa.jadi saya ambil time off 2 jam maknanye pukul 3.30pm saya dah bergerak balik dari rumah.sepanjang jalan di federal highway tu pon dah jem.ramai pula yang balik awal rupanya.sampai dirumah saya pon mengemas2 apa2 yang patut sambil mengemas rumah sekali.dalam pukul 6.00pm baru bertolak dari rumah ke rumah mama sebab zikri ada disana dan bergerak ke rumah kakngah di gombak naik kereta adik.

bergerak dari rumah kak ngah pon dah pukul 10 lebih.kat gombak pula jem.kat lebuhraya pas tol gombak tu pon ada jem sikit..huishh! ramainye orang menghala ke pantai timur.berhenti kejap kat petronas pon ramai orang juga.huhu..memang lambat tul perjalanan masa pergi.saya pon tak berapa lena la nak tido dalam kereta.sebab bila duduk lama2 dalam kereta pinggang pon sakit.dah la pangku zikri yang tidur lena tu lagi.ermm..memang sakit pinggang ku.almaklumlah dah lama tak berjalan jauh macam tu.sampai di terengganu pukul 5 pagi tak silap.sampai2 jek terus flat.memang susah lah nak buka mata tu.tapi yang bestnya,kitorang semua mengantuk tak hengat tapi zikri boleh pula celik mata.dia tengok semua orang tido dia pon apa lagi kejut mommy dia la ajak main2.adeh..tak leh tahan tul.last2 saya memang tak cukup tido.

hari jumaat pegi kenduri kazen kawen.dia kawen lepas solat jumaat.ermm..panas giler kat rumah dia.berpeluh2 kitorang.lepas tu stail kat terengganu kalau kenduri kawen memang tak sediakan meja untuk jemputan.ada kerusi jek.hoho..so paham2 sendiri ajalah.makan of coz kene tampung pinggan tu.saya dengan anak keciknye.tapi nasib baik masa saya makan zikri pakcik2 dia yang jaga.kalau tak memang saya tak makanlah jawabnye.tak sempat nak bergambar ngan pengantin sebab kitorang nak balik dah.pengantin pula tengah bersiap.


balik dari kenduri kawen kitorang singgah bandar.saja nak jalan2.pergi pasar payang.mama nak cari budu ngan kain batik.hehe.saya tak beli apa2 pon kat pasar payang kecuali mainan.hehe..zikri tu pantang nampak mainan.semua dia nak..macam2 dia pilih.rambang mata tul budak tu.last2 saya beli je trak bomba.hehe..bedal jek la.


balik dari pasar payang,singgah pantai batu buruk..ermm,lama tak lepak tepi pantai...best tul rasanya. pakcik zikri siap beli layang2 lagi..main layang tepi pantai...beli bentuk kapal terbang lak tu.zikri ni dah kenal kapal terbang..nampak kapal terbang di jerit2nya..."bang! bang!" hehe..tapi zikri takut air laut..tak nak jejak pon air tu..ape lah zikri ni..macam mana mommy nak ajak mandi laut nanti..


balik dari pantai,singgah makan dulu..pas makan kenyang2 baru balik rumah ayah nik..ha lupa nak cakap kitorang duduk kat rumah ayah nik,adik ayah.rumah dia kalau tak silap kat durian burung kot..ermm..agaknyelah..lupa la plak. :p sampai rumah ayah nik zikri mengamuk tak cukup tido la tu..pas dia tido baru saya bole tidur..


esoknya, sebelum gerak balik, kitorang singgah beli keropok lekor kat bukit tok beng.orang kata kat sana keropok yang sedap.ermm...sedap juga la..ramai orang pulak tu.kene beratur hampir sejam baru boleh dapat.haishh!! berpeluh2 lagi..pastu terus gerak balik..on the way kat pantai kemasik berhenti makan tengah hari..wah cantik betul pantai kemasik tu..sempat la amik gambar.2 3 keping.lepas tu terus balik menuju ke Kuala Lumpur..


sampai di KL pon dalam lebih kurang pukul 8 lebih nak pukul 9.macam cepat sikit dari masa pergi tu.dulu ada member kata biasanya masa pergi tu lambat sikit sebab banyak pokok2 la rumput la menegur..hihi...tul ke? macam2 lah...akhirnya selamat sampai ke rumah mama lebih kurang pukul 11 lebih..saya pon bermalam di sana sebab zikri pon dah lena tido.saya pon dah malas nak bawak kereta sebab penat dan mengantuk.esoknya baru balik kerumah sendiri...


begitulah ceritanya perjalanan kami sekeluarga balik kampung..bahagia betul rasanya dapat berkumpul beramai2..dan alangkah bagus kalau ada suami ku sekali..


sekian...

No comments: