pembaca setia

Thursday, June 3, 2010

usia zikri sudah mencecah 18 bulan


Rayyan Zikri sudah menjangkau usia 18 bulan hari ini. pejam celik pejam celik sekejap aja dia dah besar. bersyukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan permata hati yang comel dan pintar. 

semakin lama zikri semakin aktif dan pintar. apa yang kita buat atau cakap dia akan ikut. jadi saya dan suami cuba mengawal percakapan dan perbuatan yang tak senonoh agar tidak diucap atau dilakukan di depan mata dia. kalau tidak memang dia akan tiru..kalau masa tu aja dia buat tak apalah, tapi dia akan buat tiap2 kali. misalnya, semalam papa dia buat jalan terkedek2 cam karton depan dia. zikri pula suka sangat tengok papa dia buat macam tu. tak lama kemudian dia buat sama macam papa dia buat. asal nampak papa dia aja, dia buat jalan kedek2 tu. hahaha kelakar pula tengok dia meniru perbuatan papa dia tu.

hari ahad lepas, alang man dia ada belikan dia permainan buih sabun yang bentuk macam pistol tu..bila kita picit picunya keluarlah buih2 sabun tu. zikri punya lah gembira kesukaan tengok buih sabun. maklang dia pon jerit "kejar buih tu zikri..kejar..kejar..." zikri pon apalagi dia pon kejar la buih tu sambil jerit "tejar...tejar...tejar.." kihkihkih..

sekarang ni saya dah ajar zikri kalau nak keluar rumah kene pakai kasut atau selipar. jadi bila dia nak keluar rumah dia dah pandai pakai selipar sendiri. saya tak pernah ajar pon cara2 pakai selipar tu kat dia. mungkin dia selalu lihat orang lain pakai selipar macam mana jadi dia pon ikut. kalau masuk rumah pula dia akan buka selipar tu..nak buka tu pandai pula duduk dulu depan pintu tu baru buka selipar.

sekarang zikri minum susu pediasure pula. ini untuk kesihatan dan nak bagi dia zat makanan. bukan saja2 nak bagi susu ni. ini pon ikut cadangan doktor dan inisiatif sendiri. zikri memang tak mahu makan nasi, kalau makan pon dia sekadar merasa beberapa ketul nasi itu aja. tapi apa yang saya perasan dia sekarang suka makan ikan. bila kita makan ikan dia akan minta "kan..kan.." banyak kali juga lah dia minta. masa balik terengganu tu kan on the way balik tu beli keropok lekor kan, dia makan rupanya keropok tu. dia kata itu ikan..mungkin dia rasa ikan kot. huhuhu..


semalam, saya dah rasmikan alat asma dia tu. sebabnya semalam dia punya nafas dah berbunyi sikit. jadi saya cepat2 berikan dia gas. dia pon suka pakai bendalah tu. dah alah bisa tegal biasa kot. kesian..kecik2 lagi dah ada asma... :(


apa yang saya nampak perangai anak saya sekarang ni, dia ni periang orangnya, suka buat lawak, suka tarik perhatian orang, panas baran juga orangnya, cepat mengamuk bila tak dapat buat apa yang dia nak, dia suka kacau mommy tido, suka manja2 dengan mommy dan lain lain lagi.


ha! satu perangai dia yang kerap saya nampak sekarang, bila dia menyusu pasti depan tv dan tv tu pastilah siaran kartun. kain busuk dia (napkin) mesti ada kat tangan dan dia akan cari bucu2 kain untuk di gentel di telinga.hahaha..apalah...

kalau dengar orang kentut atau dia kentut..cepat2 dia akan kata "tut..tut..." lepastu cepat2 tutup hidung dengan baju..hahaha..

janganlah kamu sesekali membuka diapers dia di merata2 tempat nanti dia akan pancut atau poops merata2 jua...sebab itu kalau nak mandikan dia saya akan buka diapers dia dalam bilik air..atau kalau nak tukar diapers dia saya akan tukar cepat2 tak kan biarkan dia berbogel2an begitu sahaja. :p

begitulah ceritanya alkisah anak bujang saya yang sorang tu. tak sabar nak tunggu dia punya birthday yang ke 2 tahun hujung tahun ni..hihi..


sekian.

2 comments:

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Zikri dah ada misai dah tu...

Mrs Jaja said...

mana ada....belum lagi...