pembaca setia

Tuesday, February 2, 2010

hujung minggu di hospital

ok nak mulakan macam mana ye? apa kata kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...hehehe...betul apa,ambil berkat..

tak ada lah..cuma saya nak cerita kisah di hujung minggu sahaja...korang punya kisah hujung minggu seronok tak? mesti seronok kan..boleh pergi membeli belah,pergi jalan2 bersama keluarga,pergi kenduri kahwin.saya pula?kisah hujung minggu saya hanya di hospital.huhu..sangat tidak menarik.kenapa? mari saya ceritakan kenapa di hospital..teruskan membaca ok.

kisahnya bermula dari hari isnin yang lepas,zikri dijangkiti demam dari sepupu dia.zikri ni kalau demam mesti teruk juga lah.dia akan batuk dan selsema.padahal dia tidak boleh batuk dan selsema kerana dia banyak kahak..jadi dia akan susah bernafas dan terpaksa ambil gas untuk melegakan pernafasan dia.kasihan betul,kecil2 dah kena ambil gas.tapi nak buat macam mana dah terpaksa.

masa hari sabtu pula,dia punya demam tak kebah2 lagi dan asik cirit birit aja.saya dah risau.iye lah,sepatutnya demam dia tak berlarutan macam tu.ini dah nak dekat seminggu dah.so mama pon cadangkan pergi hospital aja lah.manalah tau ada sakit lain yang kita tak tahu.so saya pon bersiap2 pergi ke hospital.sampai hospital terus pergi dekat kecemasan tu.doktor kata kena ambil darah nak cek samada ada sakit lain ke tak sebab dia demam dah lama.terpaksa tengok darah zikri kena ambil.kesian dia menangis2 sambil mata pandang muka saya.minta belas kasihan.saya rasa sangat sedih.air mata pon bergenang, tapi tahan tak nak nangis di situ.selepas darah diambil kena tunggu keputusan darah tu keluar.selepas tunggu kesekian lamanya,akhirnya darah dia menunjukkan platlet darah dia rendah.doktor syak dia ada denggi.huhuhu...jadi kena lah masuk wad.

alkisahnya,begitulah kenapa hujung minggu saya berada di hospital.tak sangka pula anak saya disyaki ada denggi.bila masuk wad,darah kene ambil 4 jam sekali.kesian lagi sekali tengok anak saya menangis2.tapi kali ni doktor tak bagi masuk.agaknya takut saya nangis kot.memang pon,kat luar saya yang nangis.huhu..sedih la.siapa yang pernah rasa dia tahu la..

hairan juga saya,bila anak saya kena masuk wad dia jadi otomatik cepat baik.demam dia berkurangan,cirit birit pon kurang.nak kata doktor bagi ubat pon macam tak ada je.tak nampak pon doktor bagi ubat.isk...agaknya anak saya ni suka duduk hospital agaknya.haha..apalah zikri ni..mommy yang tak suka duduk hospital tau.jadi jangan mengada2 nak duduk lagi lepas ni.hari ahad anak saya dah boleh keluar wad sebab darah dia pon dah ok..bila ditanya fasal apa dia boleh disyaki denggi..doktor pon jawab dalam bahasa doktor dia la...haha...saya pon tak berapa faham..lantak lah janji anak saya keluar wad.hihihi...

nota kaki: gembira anak sudah sihat..tapi batuk masih ada...

4 comments:

yaya|azura said...

baguslah si zikri nie (nak kena panggil zikri ek?) ... dia taknak lama2 duduk hospital, itu pasal dia cepat sembuh. Good boy! Ciannn dia... hopefully dia get well soon.

Mrs Jaja said...

hehe..kat umah mmg panggil dia zikri..kalau nak nama lagi manja...jitiyi...

zool irfan said...

dah besar si zikir tu sekarang ye.
bila nak bawak jumpa uncle zool
nanti kawin uncle zool zikir datang tak.

RABUN said...

saya pun penah masuk wad pasal dengi naik lebam lengan kene enject..pastu lepas baik kepala seminggu masih lagi sakit he he penangan denggi tak mau kene lagi seksa wooo