ye! itulah status saya di msn pada hari ini.hari ini saya terasa sangat lemah untuk melakukan apa2 saja perkara.mungkin di sebabkan demam tak kebah lagi agaknya.saya mula demam masa hari jumaat lepas.malam tu memang tidak boleh tido.selsema saya teruk sangat.hidung pon tersumbat.
hari sabtu en.suami hantar saya dan anak ke rumah mama.saya dan anak tido di rumah mama masa hari sabtu tu kerana en.suami kerja malam dan ot.tidak dapat menjaga kami yang sakit ni.anak saya tidak demam tapi dia selsema + batuk berkahak.rupanya sampai dirumah mama, wafa (sepupu yang tinggal dirumah mama) pon demam jugak.selepas itu, kak lang pon sampai dirumah mama.dia juga demam.haha..rumah mama jadi tempat berkumpul orang2 demam.so keraplah bunyi orang sedut2 hingus dan batuk kong kong.
hari ini, kalau ikutkan hati memang nak MC.tetapi bila fikir balik setiap hari isnin boss selalu nak cek buku tunai,maka terbatallah hasrat nak MC tadi..huhu.mana taknya saya tak kemaskini lagi buku tunai tu.hehe..
pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat, saya rasa sangat mengantuk.tidak tahu kenapa.adakah kerana pengaruh ubat tak habis lagi?tetapi malam tadi saya tidak mengambil sebarang ubat pon.*garu kepala* adakah disebabkan badan tak sihat mata otomatik menjadi mengantuk? *mungkin juga* sebab saya selalu begitu..kalau demam terasa asik nak tidur saja..maka dengan itu saya nak ambil kesempatan waktu rehat ni nak tidur sebentar.hehe...da...zzzZZzzz..
nota kaki : makan pon tak habis..hilang selera makan.
4 days ago
No comments:
Post a Comment