pembaca setia

Wednesday, January 27, 2010

sepantas kilat edit dan hantar resume

hai pembaca2 setia..apa khabar? 2 3 hari ni saya malas nak membuat entri baru.kemalasan yang melanda diri.lagi pon kesibukan kerja menjadi faktor penghalang no 2..kenapa no 2? sebab no 1 ialah malas.hehe..

hari ini sebelum waktu makan tengah hari tadi,ada perjumpaan antara semua pekerja dan bos.ada 2 perkara penting yang di beritahu tadi.pertama,mengenai cuti separuh hari akan diberikan kepada pekerja pada 12/02 sempena CNY.kedua,mereka beritahu tentang penjualan syarikat kepada orang lain.*dalam hati..apa?*mereka cakap syarikat lain akan ambil alih syarikat kita dan kemungkinan besar kita akan berpindah ke PJ.*dalam hati...apa?tukar ke PJ?* besar kemungkinan dalam bulan 6 ni.aduh..saya rasa sangat la tak best sebab kene tukar ke PJ pula.bukannya apa, dah ar sekarang ni pon bukannya datang tepat pada waktunya di sebabkan kesesakan lalu lintas.kalau tukar ke PJ lagi lah lambat nampaknya.entah2 sampai kul 10..huhu..

ini tak boleh jadi..dalam hati dah ada perancangan nak cari kerja lain.tapi kalau boleh cari kawasan klang juga la..pasal malas nak pegi kerja jauh2.kalau boleh nak pegi kerja sebelah rumah je..*aha..sebelah rumah ada kilang kabus..boleh hantar resume nih*penat la kalau kena kerja jauh2 ni.terkejar2 nanti.dah la sekarang saya dah mula balik pergi kelas.memang penat la nanti...tak dapat ku bayangkan.

untuk itu,tadi saya dengan pantas kilat hantar resume yang dah di perbaharui kepada kawan saya.nak suruh dia hantar kan kat HR dia.sebabnya semalam saya ada tengok jobstreet dan nampak ada kekosongan jawatan itu di syarikat dia bekerja sekarang.ermm...macam tau2 je jobstreet nih.hehe.harap2 saya dapatlah kerja disitu.sebabnya sebelum nih saya pernah pergi interview kat syarikat tu..tapi lain jawatan pula dia offer kepada saya.saya pon tolak.kali nih harap2 lah boleh dapat jawatan yang saya nak tu.huhu.chaiyok2.

nota kaki : semalam terlepas 1 episod cerita joon pyo tu..isk!

2 comments:

Nurhayati said...

sama la kita.. dlm mode malas hihi..
gud luck yer dapat keje baru ;)

yaya|azura said...

kite pon nak cari keje area klang ajelah. ada org nak pakai IT tak? Huhuhu.. tak larat dah nak keje jauh.