pembaca setia

Thursday, January 28, 2010

hahaha...gelak tak hengat bile baca balik email ni.

ops..sebenarnya email yang saya maksudkan diatas tu dah lama dah..zaman bujang2 dulu..masa kerja kat company lama di port klang.masa tu adalah zaman kegemilangan saotuck..saotuck tu ape? short form untuk school of sakit otak..itu si cah yang bagi kot nama tu..ahli2nya adalah orang2 lama balairaya atau pon dulu yahoo 360.

email tu betul2 ditujukan kepada en.som kita..atau nama sebenarnya eh! lupa pula nama sebenarnya..sape nama som ek? apa2 aja lah...orang yang bagi email tu pula ialah rakan sekerja kak maz @ maziah ibrahim..kepada orang baru balairaya memang tak kenal la siapa kak maz tu.sebab dia pon dah lama menyepi..eh! jom la kita layan email tu..pasti korang pon akan tergelak membacanya itu pon kalau korang faham la...tak pon kalau rasa tak kelaka korang layan kan je la....hihihi..*blushing*

Attn : Som @ Sham = Mengapa??

lahanat!

ni aku, amir. Aku rasa nama aku dah cukup familiar
pada kau sejak semalam kot...


Sorry sebab aku letak byk e mail address sebab aku tak
sure mana satu e mail kau. aku harap aku send kat
orang yang betul. Orang yang bernama Sham @ Som yang
selalu aku tengok kerap chat ngan Maz. Aku tak tau
nama penuh, sebab hanya nickname kau je yang tertera
di monitor. Aku yakin salah satu e mail di atas mesti
milik kau, Som. So, pada yang lain yang bukan bernama
Som, aku mintak maaf kerana membuang masa kalian
membuka e mail ini. Harap korang yang bukan Som jangan
baca terus bagi mengelakkan salah faham.


kau memang lahanat la...Som!
aku send gambar2 tu bukan untuk kau salah gunakan. Aku
sangka dengan menghantar gambar2 Maz n the Gang tu
dapatlah kau berkongsi gelak macam apa yang aku rasa.
Happy macam apa yang aku rasa. Tapi rupanya aku
silap...memang aku silap. Aku sangka dengan melihat
kau chat ngan Maz hari2, aku kira kau ni jenis yang
Maz boleh percayai. Akupun dengan bodoh bangangnya
attach gambar2 tu kat kau.


Aku silap. Aku bodoh...memang aku puncanya. Tapi kau
yang membesarkannya. Kalau kau fikir kau ada hak nak
heboh2kan gambar tu, kau kena fikir gak kau ada hak ke
untuk senang2 jatuhkan tuduhan dan hukuman kat Maz
cenggitu? Kau siapa nak kutuk dia? Kau jaga ke makan
minum sakit pening dia?


Som, masa aku hantar gambar2 tu ada ke sambil kutuk2?
Aku memang cakap "Kau nak tengok gambar 3 perempuan
Jalang tak?" Yess...i did say that dengan maksud
gambar aksi perempuan yang jalang. Maknanya mereka
beraksi seperti perempuan jalang. Bukannya mereka
adalah perempuan yang jalang!


Kalau korang nak tegur mereka beraksi sebegitu tidak
baik terutamanya wanita, aku tak kisah. Tegur je lah.
Tak payah nak sebar2 kan kat seluruh alam. Lepas ni
apa? Scan masuk dalam handphone pulak? Arrghh...aku
dah salah anggap pasal kau, Som. Aku ingat kau kawan
baik Maz. I thought u are the one whom Maz trusted
most. I really thought that. Tengok la sekarang...aku
punca kau pulak penyebar. Sudahnya semua orang sakit
hati di bulan2 posa ni. Aku sangka kawan2 yang Maz
selalu chat tu best-best.

Sorry la...aku lak yang emo lebih. aku tak tau apa aku
rasa sekarang. Bukan marah, bukan kecewa, bukan
sedih...rasa macam poyo pun ada gak ni. Aku cuma nak
luah perasaan aku je sebab aku masih tak dapat
keampunan dari dia (Maziah Ibrahim). tapi tak tau nak
luah kat mana (ayat sedih la pulak...)


Biar aku clearkan sikit di sini agar terjawab beberapa
soalan korang. Gambar2 itu diambil kat bilik aku.
Mungkin agaknya diaorang kebosanan sebab biasanya
waktu tengahari diaorang pergi lunch. Tapi bulan posa
ni nak makan apa. Masa tu aku takde di ofis sebab aku
yang gi lunch (kes tak posa la ni). So terciptalah
ilham dalam kepala diaorang nak bergambar dengan aksi2
demikian. Ya, memang bottle2 J.D, rokok2 dan gitar itu
milik aku, bukan milik orang Sarawak seperti mana Maz
dan Jaja terkial2 nak menepis cemuhan korang. See,
diaorang pun terpaksa bagi alasan bangang nak defense
diri diaorang. Korang dah kenal dia lebih lama dari
aku. Sepatutnya tiada prasangka buruk camni.


Cemana diaorang ada kat bilik aku? Sebab bilik aku
bersambung dengan office kami. Atau diringkaskan kata,
aku tidur kat store office! So, kalau korang nak tuduh
Maz berkawan dengan budak jahat, aku rasa itu bukan
salah Maz lah sebab dia tak ada pilihan kerana kami
officemate. Bilik aku tu pun dikira sebagai hak milik
pejabat gak. Mau tak mau hari2 Maz kena juga mengadap
muka aku, samada kawan atau tidak.


For me, there's nothing wrong with that pictures. I
was hoping that I did with them at that time. Until
right now, Aku still berulang2 menatapnya sambil
kejang perut sebab gelak time lapar. Rupanya, aku
sorang je yang rasa macam tu. I was totally wrong.


For Maz, aku harap kau baca gak email ni as I cc this
to you, hoping that u can forgive me. Aku yang salah.
Tak sangka boleh sebesar dan seserius ini. Kalau kau
rasa hari ni kau tak cukup "babi" kan aku, kau boleh
sambung "babi" kan aku pada esok, lusa dan sampai
bila2...asalkan kau, jaja dan sya dapat maafkan aku.


For Som, mungkin kau orang yang baik. Mungkin Maz tak
sebaik kau, tapi kau belajarlah bersangka baik.
Mungkin niat kau nak Maz jadikan ini pengajaran, tapi
bukan dengan cara persahabatan jadi taruhan.


For korang yang bukan bernama Som ataupun Maz yang
degil masih membaca dari tadi tak nak close e mail
ni...jangan nak mengada2 nak ambil tahu gambar2 apa
yang aku maksudkan. Lupakanlah...Bulan Puasa ni baca
Quran lagi elok.


Aku AmiR..(baru 2 hari posa sebeanrnya)

nota kaki : jangan ditanya gambar apa ok..huhu..saja je ni untuk hepi2..bosan lagi pon.

2 comments:

zool irfan said...

owhh..panas gak story ni ketika dulu..
kenapa aku tak tahu

Mrs Jaja said...

hahaha...ye mmg panas...oh ko tak tahu agaknye masa tu ko tak muncul lagi kot...aku rasa la...