rabu, 13 januari 2010
kebiasaan saya bila pulang dari kerja akan terus kerumah mama di kampung delek,klang.dan seperti biasa, saya tidak terus balik kerumah sendiri akan tetapi saya akan melepak sehingga cerita boys over flower tu habis..cerita tu mula dari pukul 8.30pm - 9.30pm...cerita tu sangat best...dan lagi best kalau tengok ramai2 bersama keluarga...hehe. ok ok saya bukan nak cerita fasal boys over flowers nih..tertukar tajuk pula.
kembali kepada tajuk utama, selepas habis cerita itu saya pon bergerak pulang kerumah.untuk pulang kerumah saya ada 2 pilihan jalan.pertama melalui klang dan yang kedua melalui port klang.ok pada hari kejadian saya melalui jalan kedua.semasa di lampu isyarat jalan yang menghala ke northport,lampu hijau di laluan saya.akan tetapi ada satu lori kontena di simpang yang lain seolah olah tiada niat mahu memberhentikan kenderaannya maka saya pon mengurangkan kelajuan dan dalam masa yang sama menukar gear ke gear yang rendah.kebetulan pada waktu yang sama dibelakang kereta saya ada 1 lori kontena yang sederhana laju dan hampir2 melanggar belakang kereta saya sambil membunyikan hon banyak kali.saya berasa sangat cuak dan takut....semua perasaan bercampur menjadi satu.
pada masa tu saya tidak berfikir panjang lalu terus menekan pedal minyak selaju yang mungkin.huhu...alhamdulillah, nyawa saya dan anak masih panjang.apa yang dikesali,selepas melepasi lampu isyarat itu, lori kontena dibelakang saya itu seperti marah dengan saya dan menghimpit kereta saya ketepi.pemandunya seperti tidak memikirkan keadaan pemandu kereta yang dihimpit ketepi itu.itulah sikap pemandu lori kontena yang sangat2 saya tidak berkenan.sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.kesannya saya tidak mahu lagi pulang kerumah melalui jalan port klang.saya rela melalui jalan klang yang sangat jammed itu.huhu..
kalau pambaca sekalian nak tahu, keadaan saya pada masa itu dah kelam kabut.kaki menggigil2.bila tekan pedal brek pon tak terasa.kaki terasa seperti kebas.jantung berdegup laju.dan sepanjang jalan saya menangis.takut memikirkan kalau kejadian tadi tu tidak seperti yang diharapkan.takut terjadi apa2 kepada anak saya yang masih kecil dan tidak tahu apa2.huhu..
oleh itu, saya nasihatkan kepada siapa2 sahaja dimuka bumi ini supaya memandulah dengan berhati2.fikirkan orang tersayang...tetapi kadang kala kalau kite terlebih berhati2 pon bole berlaku kemalangan kan? kenapa ye? takdir agaknya...redha aja la..
kepada pemandu lori pula sila memandu dengan cermat.jangan suka memandu rapat di belakang kenderaan orang lain.jika berlaku apa2 yang tidak dijangka akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.sila ambil perhatian ok! entah apa yang dikejar agaknye pemandu lori ni..*geleng kepala*
nota kaki : cuak tak habis lagi..
yang benar,
faizah
4 days ago
3 comments:
fuhh...nasib baik tak jadi ape2.
dia nk terberak sgt la tu kak...tu yg laju jek!! tp alhamdulillah, sib baik u n jitiyi xde ape..
syukur tak jd apa2....tp selalu transport yg besar2 ni selalu blgak kat Sabah pun mcm tu entah lah...
Post a Comment