assalamualaikum kepada semua pembaca blog ku ini..hari ini saya cume nak update tentang cerita hujung minggu saja..hehe..
hujung minggu lepas adalah hari yang memenatkan untuk kami sekeluarga.sebabnya kakak saya (kak ngah) kahwin.sebenarnya takde la buat kerja yang berat2 macam basuh pinggan mangkuk bagai..cume penat kemas rumah dengan melayan karenah budak kecil tu.siapa lagi kalau bukan rayyan zikri tu.
saya dan anak tido rumah mama masa hari jumaat lagi.masa malamnya ada orang pasang pelamin di rumah mama.wah wah wah..budak kecil tu bukan main suka main atas pelamin.di panjat2nya pelamin tu.suka betul dia duduk atas tu.isk isk isk...tak sabar nak kahwen ke zikri? hahaha...kecil lagi jangan ngada2 ok..no no no no...*jari telunjuk kekiri dan kekanan*
kak ngah nikah hari sabtu malam lepas isyak.mereka pergi ke masjid dalam pukul 8.30pm..tapi selesai semuanya dalam pukul 11pm.lama gila kan?isk isk isk...rupa2nya mereka kata tok imam tu siap bagi ceramah lagi..hahaha...nasib baik tak ikut pergi masjid.saya dan kak long tunggu dirumah saja. :p
malamnya lepas semua orang dah balik.saya dan anak tak balik lagi.kene tunggu en.abang tu balik dari memasang signboard kat jalan (farhana dan kamil).
tunggu punya tunggu lama juga la tunggu.huhu.sementara menunggu en.abang balik tu saya pon nak tidur kan la si anak ni dulu.waduh waduh waduh..punyalah susah nak tidurkan dia.anak saya ni terlampau teruja mengalahkan pengantin.dia pula yang tidur lambat.sabar aja lah saya.geram pon ada juga.yelah kita dah mengantuk ni dia tak tidur2 lagi.orang lain pon dah tidur.budak kecil tu akhirnya tidur pada pukul 2 pagi.isk isk isk..*geleng kepala* kami sekeluarga pulang kerumah pada pukul 2.30 pagi *waktu malaysia..ehehe*
keesokan harinya pada hari langsung.saya dan en.abang kesiangan.haha...takde la lambat sangat..dalam pukul 10 pagi je.tapi anak saya tetap bangun pagi seperti biasa.dalam pukul 8 pagi dia dah bising2 atas katil.tahu pula tu kejut saya nak minta susu.kami sampai ke dewan dalam pukul 11 pagi.nasib baik tak ramai orang lagi waktu tu.saya pon mulakan tugas dengan makan dahulu...hahaha...haruslah perut diisi dulu kan.selepas itu,ramai la orang datang.tugas saya tolong mama bagi buah tangan kepada tetamu.itu aja..hehe..
habis majlis,bertolak balik rumah mama.zikri pon pengsan (tidur lena).lega rasanya dia dah tidur.sebab dia akan susah nak tidur sebab tengok ramai sangat orang.dia akan teruja yang amat.malamnya kami ramai2 tengok video yang diambil.hahaha...sangat seronok.macam2 ragam ada.
saya sekeluarga balik kerumah pukul 10 malam..kepenatan sungguh.semua pengsan.lepas tu saya dan en.abang tak kerja pada hari isnin...hahaha..saya EL..en.suami MC..wah wah bagus betul la tu.jangan tiru ok. :p
nota kaki : seronok betul bila sanak saudara berkumpul...gonna missed that moment.
1 day ago
4 comments:
congrats kat kngah..
Gambar masa majlis kawen tu xder ker Jaja?
nabil > ha'ah takde plak dalam kamera ku ini...hihi...
takmo kawanlah lagi ngan dia ni, bluwekkk...
Post a Comment