pembaca setia

Tuesday, February 23, 2010

jom jalan2 di i-city tengok lampu mengerlip

ok pertama sekali saya nak mintak maaf kat zool kerana tidak menghadirkan diri ke kenduri kahwin dia pada hujung minggu yang lepas..sorry sangat2.saya terlupa la..hehe..

hari sabtu lepas saya tak ada buat apa2 pon paginya.hanya melepak dirumah bersama rayyan zikri.en.suami pula kerja shift pagi.sementara menunggu en.suami balik ke rumah.kami anak beranak pon lepak dirumah..rayyan zikri saya tido kan dia lepas dia penat bermain sorang2.saya pula sementara rayyan zikri tido..melepak tengok tv.tapi pabila bosan saya pon baca komik conan.hahaha...kan dah terjebak baca komik nih.isk isk..pukul 2 en.suami balik ke rumah dan kami sekeluarga pergi jalan2 cari makan.sebelum tu tengok iklan old town white coffee yang orang tu makan mee tu kan.nampak cam sedap je.saya pon ajak la en.suami ke old town.sekali tu tutup pula..hampa betul! cuti CNY tak habis lagi la tu.so, saya ajak en.suami ke pizza hut..nak makan spegetti pula..huhu..tapi tak sedap la..tapi habis pula tu.hihihi..(cam k*l**g) :p

malamnya adik saya dengan bermurah hati nak belanja kami sekeluarga (mama,ayah,kak long's family,kak lang's family,kak ngah's family,me & family,ayah su's family,pakteh's family) makan seafood kat bagan,port klang..wah! sangat meriah..kami order macam2.orang belanja la katakan.hahaha...adik murah hati pasal dia dapat bonus 4bulan gaji.best tul jadi dia...huhu..akibat terlalu teruja dengan makanan,saya tak ambil pon gambar waktu tu.hehe..(rasanya orang lain pon tak ambil gambar...sibuk makan la katakan)

tapi lepas makan malam tu..kami sekeluarga bergerak ke i-city,shah alam.haaa...semua teruja nak gi tengok lampu..sampai saja di sana..kereta dah berderet parking tepi jalan.wah! sangat ramai orang.tapi memang cantik2 la lampunya..teruja sangat2.macam masuk dunia fantasi saja.isk isk...memang cool la.tapi tips saya ialah, kalau pergi sana,jangan lupa bawa kamera yang canggih2.memang confirm la gambar yang diambil cantik2.kalau setakat kamera hp 2.0 mpixel.baik tak payah la.huhu..nanti gambar lampu tu jadi kembang2..tak cantik pon.pakai DSLR lagi bagus.

ok jom layan gambar :


dalam bilik snow..sejuk bilik ni..ala2 macam kat oversea jek..zikri tak lepas pandang snow man tu..teruja betul dia.

janji nampak lampunya..orangnya tak nampak pon takpa la..

pokok limau..

pokok belimbing

rusa..rayyan zikri panggil ni "tet" (cat) tak habis2 ngan tet dia..

flamingo

swan..

last but not least...rayyan zikri la..hehe..

nota kaki : semua dalam gambar di atas tu dibuat guna lampu2 ok..sgt meriah dan cantik..pergi waktu malam la cantik...waktu siang takda maknanya...

photo : HP Sony Ericsson W901i 2.0 megapixel

Thursday, February 18, 2010

nak parking ngan makan pon kene gaduh..adeh!

sempena tahun baru cina,zikri pakai baju merah


masa kat masjid yg atas air tu...masjid pe tah namanya..

apa khabar semua? macam mana dengan hari2 anda sekalian? ok ke k.o? hehe...macam mana dengan cuti you alls? best tak?

ha...sebut tentang cuti,hari ahad sampai selasa yang lepas saya,zikri,mama dan adik telah ke Muar,Johor.saja2 je pergi sana.mama yang teringin sangat pergi sana.menziarah pakcik a.k.a adik mama.kitorang bertolak pukul 10.30 pagi dari rumah mama..then sampai di muar pada pukul 2.00 petang..lambat juga kan? yelah mana tak lambat, masa kat highway nak exit port dickson tu jammed la pula.lepas tu terus ok je.

sampai je rumah ayah cik, kitorang terus bedal nasi.mak oi,lapar yang amat la.lauk pula best..(gulai daging,kuah singgang ikan tuna,budu+tempoyak) menambah2 saya makan.hahaha...tak berdiet betul la.ape nak jadi lah.lepas makan melepak sambil baca komik conan.hehe.tak tau nak baca apa dah..tu je yang dapat menarik perhatian ku ini.hehe.zikri pula asik main je tak berhenti.haishh! penat nak jaga budak kenit sorang ni.ni baru sorang kalau dah berorang2 macam mana lah nanti..kene makan dequadin selalu la gamaknya..sebab asik menjerit je.hahaha..

hari isnin pula,pagi2 makan sarapan nasi lemak ikan aye a.k.a tuna.memang marvelous lah.dah lama tak makan nasi lemak ikan aye tu.ikan tu sangat lah lembut dan sedap..*meleleh air liur* ok ok lupakan cerita makanan..lepas makan tu we all bersiap2 pergi bandar melaka.plan asal nak pergi JB.tapi macam jauh sangat jek.tak berbaloi.so we all semua pergi melaka je la.sampai je melaka we all singgah mahkota parade.saja jalan2 dalam tu.kat luar panas sangat.masuk tempat sejuk la pula.tapi bila masuk parkson dalam mahkota parade tu.gila la panas.tak pasang aircond ke apa tah.tak bole duduk lama2 dalam tu..lepas pusing2 we all pergi jalan2 cari makan pula.masing2 perut sudah lapar..ayah cik bawa kami ke restoran selera kampung..something like that la nama kedai tu.punya la susah nak dapat parking.sampai bergaduh2 rebut parking.hahaha...sengal tul.nak makan pon kene tunggu giliran.ramainya la umat yang lapar masa tu.huhu...pas makan terus balik la.tak tahan panas la.jalan hala nak ke muar pon jammed.ermm...hari jammed sedunia kot..isk isk..

sampai di rumah ayah cik pon dah maghrib..ermm...bahang sungguh didalam rumah..berpeluh2 saja saya hari tu.memang tak selesa la.bila tengok berita pula, katanya area johor kemarau.ermm..patut la panas terik.hujan pon tak.sangat tak sabar nak balik...

hari selasa pagi we all bergerak balik ke klang,gerak sama macam masa datang tu..pukul 10 pagi.sampai di rumah pula pukul 3.30 petang..masa kat highway tu jam..lepas tu singgah makan di perhentian seremban tu..sebab tu sampai rumah lambat sket..tapi apa2 pon dah selamat sampai pon..*gembira*

itulah kisah saya semasa cuti tahun baru cina..tamat.

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai & Happy holidays

entri kali ni hanya untuk mengucapkan kepada pembaca yg bukan beragama islam (ada ke?hahahaSelamat Tahun Baru Cina dan kepada pembaca beragama islam Selamat Bercuti...yeay!


info : Johnny Deep takut pada badut!!

Thursday, February 11, 2010

the cousins

   

hahaha..gambar senget benget susunannya...saya dah adjust banyak kali tak jadi2 juga..jadi,inilah hasilnya..merata rata gambar tu.hihi...apelah.sebenarnya nak jadikan semua gambar tu dalam 1 gambar..tapi tak pandai la nak buat.hehehe...

hahaha..terima kasih banyak2 kat khairiah kerana rajin meng-edit kan gambar2 tu menjadi 1...len kali leh la buat kan lagi ek...hahaha...*gurau jek*

info: penguin hanya di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (garisan tengah bumi).

Tuesday, February 9, 2010

minggu yang memenatkan

assalamualaikum kepada semua pembaca blog ku ini..hari ini saya cume nak update tentang cerita hujung minggu saja..hehe..

hujung minggu lepas adalah hari yang memenatkan untuk kami sekeluarga.sebabnya kakak saya (kak ngah) kahwin.sebenarnya takde la buat kerja yang berat2 macam basuh pinggan mangkuk bagai..cume penat kemas rumah dengan melayan karenah budak kecil tu.siapa lagi kalau bukan rayyan zikri tu.

saya dan anak tido rumah mama masa hari jumaat lagi.masa malamnya ada orang pasang pelamin di rumah mama.wah wah wah..budak kecil tu bukan main suka main atas pelamin.di panjat2nya pelamin tu.suka betul dia duduk atas tu.isk isk isk...tak sabar nak kahwen ke zikri? hahaha...kecil lagi jangan ngada2 ok..no no no no...*jari telunjuk kekiri dan kekanan*

kak ngah nikah hari sabtu malam lepas isyak.mereka pergi ke masjid dalam pukul 8.30pm..tapi selesai semuanya dalam pukul 11pm.lama gila kan?isk isk isk...rupa2nya mereka kata tok imam tu siap bagi ceramah lagi..hahaha...nasib baik tak ikut pergi masjid.saya dan kak long tunggu dirumah saja. :p

malamnya lepas semua orang dah balik.saya dan anak tak balik lagi.kene tunggu en.abang tu balik dari memasang signboard kat jalan (farhana dan kamil).
tunggu punya tunggu lama juga la tunggu.huhu.sementara menunggu en.abang balik tu saya pon nak tidur kan la si anak ni dulu.waduh waduh waduh..punyalah susah nak tidurkan dia.anak saya ni terlampau teruja mengalahkan pengantin.dia pula yang tidur lambat.sabar aja lah saya.geram pon ada juga.yelah kita dah mengantuk ni dia tak tidur2 lagi.orang lain pon dah tidur.budak kecil tu akhirnya tidur pada pukul 2 pagi.isk isk isk..*geleng kepala* kami sekeluarga pulang kerumah pada pukul 2.30 pagi *waktu malaysia..ehehe*

keesokan harinya pada hari langsung.saya dan en.abang kesiangan.haha...takde la lambat sangat..dalam pukul 10 pagi je.tapi anak saya tetap bangun pagi seperti biasa.dalam pukul 8 pagi dia dah bising2 atas katil.tahu pula tu kejut saya nak minta susu.kami sampai ke dewan dalam pukul 11 pagi.nasib baik tak ramai orang lagi waktu tu.saya pon mulakan tugas dengan makan dahulu...hahaha...haruslah perut diisi dulu kan.selepas itu,ramai la orang datang.tugas saya tolong mama bagi buah tangan kepada tetamu.itu aja..hehe..

habis majlis,bertolak balik rumah mama.zikri pon pengsan (tidur lena).lega rasanya dia dah tidur.sebab dia akan susah nak tidur sebab tengok ramai sangat orang.dia akan teruja yang amat.malamnya kami ramai2 tengok video yang diambil.hahaha...sangat seronok.macam2 ragam ada.

saya sekeluarga balik kerumah pukul 10 malam..kepenatan sungguh.semua pengsan.lepas tu saya dan en.abang tak kerja pada hari isnin...hahaha..saya EL..en.suami MC..wah wah bagus betul la tu.jangan tiru ok. :p

nota kaki : seronok betul bila sanak saudara berkumpul...gonna missed that moment.

Friday, February 5, 2010

jom layan gambar zikri kene cucuk

ni katil zikri masa duduk wad 7D HTAR,Klang


tangan kanan kene cucuk tapi tak dapat

tangan kiri pulak cucuk tak dapat juga

kaki kiri cucuk juga tapi tak dapat

finally, dapat kat kaki kanan..tengok la zikri dapat kasut baru..

bosan duduk dalam wad ye sayang? main pon atas katil je..

puas main..minum susu pula..kain napkin kena ada..

akhirnya,tidur juga dia..

ni lah gambar terbaru zikri lepas keluar wad..kurus dah dia kan?

nota kaki : macam mana nak naik kan berat badan zikri ni ya? masalahnya dia tak nak makan nasi la...isk isk..

Tuesday, February 2, 2010

hujung minggu di hospital

ok nak mulakan macam mana ye? apa kata kita mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...hehehe...betul apa,ambil berkat..

tak ada lah..cuma saya nak cerita kisah di hujung minggu sahaja...korang punya kisah hujung minggu seronok tak? mesti seronok kan..boleh pergi membeli belah,pergi jalan2 bersama keluarga,pergi kenduri kahwin.saya pula?kisah hujung minggu saya hanya di hospital.huhu..sangat tidak menarik.kenapa? mari saya ceritakan kenapa di hospital..teruskan membaca ok.

kisahnya bermula dari hari isnin yang lepas,zikri dijangkiti demam dari sepupu dia.zikri ni kalau demam mesti teruk juga lah.dia akan batuk dan selsema.padahal dia tidak boleh batuk dan selsema kerana dia banyak kahak..jadi dia akan susah bernafas dan terpaksa ambil gas untuk melegakan pernafasan dia.kasihan betul,kecil2 dah kena ambil gas.tapi nak buat macam mana dah terpaksa.

masa hari sabtu pula,dia punya demam tak kebah2 lagi dan asik cirit birit aja.saya dah risau.iye lah,sepatutnya demam dia tak berlarutan macam tu.ini dah nak dekat seminggu dah.so mama pon cadangkan pergi hospital aja lah.manalah tau ada sakit lain yang kita tak tahu.so saya pon bersiap2 pergi ke hospital.sampai hospital terus pergi dekat kecemasan tu.doktor kata kena ambil darah nak cek samada ada sakit lain ke tak sebab dia demam dah lama.terpaksa tengok darah zikri kena ambil.kesian dia menangis2 sambil mata pandang muka saya.minta belas kasihan.saya rasa sangat sedih.air mata pon bergenang, tapi tahan tak nak nangis di situ.selepas darah diambil kena tunggu keputusan darah tu keluar.selepas tunggu kesekian lamanya,akhirnya darah dia menunjukkan platlet darah dia rendah.doktor syak dia ada denggi.huhuhu...jadi kena lah masuk wad.

alkisahnya,begitulah kenapa hujung minggu saya berada di hospital.tak sangka pula anak saya disyaki ada denggi.bila masuk wad,darah kene ambil 4 jam sekali.kesian lagi sekali tengok anak saya menangis2.tapi kali ni doktor tak bagi masuk.agaknya takut saya nangis kot.memang pon,kat luar saya yang nangis.huhu..sedih la.siapa yang pernah rasa dia tahu la..

hairan juga saya,bila anak saya kena masuk wad dia jadi otomatik cepat baik.demam dia berkurangan,cirit birit pon kurang.nak kata doktor bagi ubat pon macam tak ada je.tak nampak pon doktor bagi ubat.isk...agaknya anak saya ni suka duduk hospital agaknya.haha..apalah zikri ni..mommy yang tak suka duduk hospital tau.jadi jangan mengada2 nak duduk lagi lepas ni.hari ahad anak saya dah boleh keluar wad sebab darah dia pon dah ok..bila ditanya fasal apa dia boleh disyaki denggi..doktor pon jawab dalam bahasa doktor dia la...haha...saya pon tak berapa faham..lantak lah janji anak saya keluar wad.hihihi...

nota kaki: gembira anak sudah sihat..tapi batuk masih ada...