pembaca setia

Wednesday, May 26, 2010

gejala nak kene lelah dah datang lagi...aku bimbang!

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

berjumpa kita untuk sekian kalinya..alhamdulillah.hari ni saya tidak dapat online di meja ku sendiri kerana sebab2 teknikal yang tak dapat dielakkan.tiba2 aja bila on pc pagi tadi kat penjuru bawah tu keluar note kecil katanya IP address conflict with other programs..something like that la..saya pon bukan faham sangat hal2 IT ni..bukan kepakaranku..jadi memandangkan tak ada kerja sangat daripada duduk melangut macam orang b***h saya pon online kat dalam bilik server ni.hahahaha...sejuknye la wei dalam ni...

hari ni saya sedikit risau sebabnya anak saya dah mula menunjukkan simptom2 macam nak kene lelah.dia dah mula batuk2 dan kurang minum susu..tapi batuk dia tu tak la teruk sangat.tapi saya risau juga sebab kalau dia dah start batuk memang akan berlarutanlah.macam malam tadi,dia 2 kali mengamuk2 nanges2 dan batuk..saya ingatkan dia nak susu untuk pertama kali dia menanges tu..tapi dia tak nak pula.membazir je susu tu..huhu.kali kedua pula dia nanges,saya buat susu lagi dia minum tapi tak habis.saya terjaga tengok botol tu elok ada sebelah saya.isk budak nih..tak habis pula tu.membazir lagi.

bila pagi tadi nak hantar dia ke rumah mama,dia pon batuk2 juga.ermm...cuak juga saya.nasib baik ubat batuk dan lelah dia masih ada lagi dalam peti ais.sebelum pergi kerja dah siap pesan dengan mama bagi ubat kat dia.takut melarat pula batuknye.nampak gayanye saya kene siap sedia basuh dan bersihkan alat yang kaklong bagi tu.hehe...saya tak bersihkan pon lagi...biasanya sebelum guna kene bersihkan dulu.balik nanti lah baru buat.hehe..

oh ye,saya dah plan nak ikut mama pegi terengganu khamis malam ni..tapi tak pasti lagi la nak pegi ke tak..huhu...tiba2 pula nak pergi t'ganu.rindunya nak pergi sana...

sebelum saya akhiri kata2..nak pesan sikit kat cik azila fairuz amin..kenapa tak boleh masuk blog kau? invite la..please..*wat muka comel cam puss dalam cite shrek* hahaha

tamat

Tuesday, May 25, 2010

kualiti dan kuantiti..mana satu korang nak?

bila kita tak ada BF, orang akan tanya bila nak ada BF?
bila kita dah ada BF, orang akan tanya bila nak kahwin?
bila kita dah kahwin, orang akan tanya bila nak dapat anak?
bila kita dah dapat anak sorang, orang akan tanya bila nak tambah lagi sorang?
dan seterusnya...paham2 sendirilah

kenapa ek? ke memang manusia semua begitu? hahaha..pasal saya pon ada juga tanya orang soalan yang sama macam di atas..

tapi memandangkan ada la 2 3 orang kawan dah mengandung untuk kali kedua..jadi soalan bila nak tambah lagi tu sering kedengaran di telinga ku..haishh!! tension juga nak jawab.

pada saya, saya memandang pada kualiti daripada kuantiti...

sekian, terima kasih.

transformasi

hai hai hai...blog ku telah berubah kaler..dari hitam kepada putih...kembali kepada asal..dah busan dengan warna hitam...lagi pon orang sekarang mana pakai hitam...sekarang kan warna putih jadi kegilaan..semua nak putih...kereta nak putih,laptop nak putih,kasut nak putih,pintu rumah nak putih,pintu pagar nak putih, pagar jeriji nak putih dll.

bila dah tukar warna putih...so nampak macam plain sangat la pula.jadi saya pon hanya tambah kan warna2 pastel seperti ungu,merah jambu,hijau dll ke dalam blog saya ni...lihatlah...jadilah begini...hihi..tak ada lah nampak boring sangat kan...nanti kalau ada masa saya edit lagi..mungkin perubahan ni untuk seketika..manalah tau nanti ada idea nak letak warna striking pula ke...hihihi...

oklah, itu saja lah nak cerita nanti ada masa lagi saya update lagi...oh yek nak mintak pendapat kalian semua...ok tak blog baru saya ni? kalau tak ok sila kemukakan pendapat ye diruangan komen di bawah ni... ;p

nota kaki : perubahan hanya pada warna sahaja tiada perubahan pada isi kandungan lain.tq

Monday, May 24, 2010

dah ada jalan penyelesaian bila zikri lelah

selamat hari isnin kawan2..semoga kawan2 semua ceria pada hari yang indah ini..cewah..kepoyoan melanda.. ;p

oklah,sebelum ni saya pernah cerita tentang zikri kene lelah tu kan..asik2 kene pegi klinik ambil gas..lepas tu kene cas berpuluh2 ringgit..ermm...sekarang mungkin tidak lagi diperlukan pegi ke klinik kalau2 zikri kene lelah lagi..sebabnya, sekarang saya dah ada jalan penyelesaian untuk masalah itu.minggu akhir sebelum kak long saya berhenti kerja kat HTAR untuk sambung belajar, dia ada belikan zikri alat untuk amik gas tu...ala, cemana nak cakap ek..senang cerita tengok gambar di bawah ok.. :p


haa..itu lah bendalah yang saya maksudkan tu..tak tau pulak apa namanya..hehe..so far, saya tak guna pon lagi bendalah tu..sebab memandangkan kesihatan zikri pon ok..tak ada masalah buat apa nak pakai kan..sekarang kalau pegi mana2 saya akan bawa sekali bendalah tu.manalah tau dalam kecemasan benda tu diperlukan.

ok,kita bertukar kepada cerita lain pula.ermm..tak ada benda pon nak cerita sebenarnya..so kita layan gambar zikri ajalah..hehe..

Friday, May 21, 2010

cronicle story of jaja's going to work... ;p

hahaha..gelak puas hati...akhirnya berjaya juga saya menjejak kan kaki awal ke pejabat..tak ada lah awal sangat,cume datang tepat2 waktu aja.hihihi..mari saya ceritakan kronologi waktu pergi kerja saya untuk hari ni..

sebenarnya niat di hati nak bangun seawal 5.30 pagi.akan tetapi bila jam dah berbunyi saya pula liat nak bangun.sedar2 aja tengok jam dah pukul 6.00pagi..ala, lewat pulak setengah jam..cepat2 saya pergi mandi,sembahyang dan siap2 untuk ke pejabat.selepas dah siap2 kan diri, saya siap2 kan pula barang anak untuk dihantar ke rumah mama.nasib baik anak saya masih tidur nyenyak lagi.senanglah saya nak bersiap2 tanpa ada gangguan2 kecil.

saya dan anak beredar dari rumah lebih kurang pukul 6.30pagi..ermm,awalnye lah saya keluar rumah..jiran yang biasa keluar awal dari saya pon tak keluar lagi...hihi..bagus! tapi perjalanan dari rumah saya ke rumah mama mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan..tambah tolak keluarkan anak dan bag dari kereta adalah pukul 7.00 pagi saya bertolak pergi kerja.

itu pon sebenarnya dah lambat dah tu.bila saya sampai aja di MPK..punyalah panjang kereta beratur..aduh..saya terpaksa redha ajalah..nasib baik bergerak juga sikit2..lepas dari jem dan sampai tol sungai rasah adalah dalam pukul 7.45++ pagi.

itu baru jam pertama yang saya lalui..lepas aja tol batu 3.jam kedua pula menyusul.ermm..nasib baik lah bergerak juga jam ni..saya pon penat asik tukar2 gear aja..haritu dah rosak clutch..hihi..ni yang kene tuka kereta otomatik ni.tak payah penat2 nak kene gerak 2 kaki.. :p nasib baik tak mengandung..kalau tak pasti hari2 krem kaki.

saya sampai aja di depan pejabat adalah dalam 8.30 pagi...rasa macam "hah! kau..aku sampai juga awal..ape, ingat aku ni saja2 nak lambat ke?" hahaha...itu ayat dalam hati aja lah.... tujukan kat sapa pon saya tak tau.. :p

oklah..moral of the story, saja nak bagitahu yang saya ni bukanlah saja2 nak datang lambat,saya masih sedar diri lagi ok..saya bukanlah bos pon..dan saya nak menegaskan yang saya ni masih boleh datang awal..

oklah..end of the story..bye..

Tuesday, May 18, 2010

bad day...terbang RM255

today is consider my bad day...masa on the way ke office...masa tu kat federal highway, tiba2 clutch kereta saya rosak. tiba2 saja bila saya tekan clutch rasa kosong je...then nak masuk gear pon susah...sepanjang2 jalan tu saya berhempas pulas membawa kereta..dah ar jammed. gear pula kene slalu tukar..kejap benti kejap jalan...haish..mana tak rosak...last2 skali masa kat jalan nak masuk simpang jalan tandang tu memang tak bole masuk gear terus. kereta memang tak boleh jalan..so ada 2 orang tolong saya tolak kereta saya ke tepi. nasib baik kereta saya tu manual..kalau tak memang saya block jalan orang..jammed sekejap la kat situ tadi...hehe...

last2 saya pon call kawan saya mintak tolong ambil saya gi ofis sementara menunggu pomen untuk betul kan kereta ku itu...alhamdulillah lah tadi tengah hari kereta ku siap dibaiki...tak pasal2 terbang duit ku sebanyak RM255..huhu..ok tak? ke mahal? pomen tu kata clutch lama tu dah jammed memang tak boleh berfungsi dah...ermm...ape2 la janji kereta ku itu ok...

ok lah..saya stop sini dulu la...kang jap2 lagi kalau ada masa or line P1 ni ok baru saya update lagi...hehe..daaa...

 

Thursday, May 13, 2010

lega rasanya malaysia masuk separuh akhir...





wah...rasa sangat gembira dan teruja giler harini..mana taknya..semuanye disebabkan piala thomas...malaysia telah menewaskan denmark dalam usaha memasuki separuh akhir..


semalam memang tak sempat la nak tengok perlawanan dato' lee chong wei,beregu pertama dan wong choon han...tapi sempat tengok permainan beregu kedua negara..dan hafiz hashim..nasib baik zikri dah tido...boleh la saya dan en.suami tengok dengan aman..


semalam lepas kekalahan pasangan beregu kedua negara tu..ingatkan dah tak ada harapan dah nak menang...ingatkan dah kalah dah...sebab macam tak budget pon hafiz tu boleh menang..dengan permainan bersahaja dia tu...jangan menilai dari luaran ye kawan2 semua..sebab dialah yang menyumbang mata kemenangan untuk pasukan negara masuk ke perlawanan separuh akhir..lega rasanya...


cewah...saya ni tiba2 jadi peminat badminton pulak...padahal lama giler tak tengok perlawanan badminton ni..saya rasa...saya hanya tengok perlawanan badminton untuk piala thomas je...kejuaraan lain tak penah tengok pon...hihihi...takpe la...janji tengok...:p


apa2 pon tahniah untuk pasukan malaysia...semoga dengan kemenangan ini membakar lagi semangat untuk menentang china..chaiyok2!! 


MALAYSIA BOLEH!!

Tuesday, May 11, 2010

hari ibu : pergi kenduri kawen dan zikri lelah

hari ahad yang lepas merupakan hari ibu untuk seluruh dunia...mesti ramai yang menyambut hari ibu bersama ibu tersayang..pada saya pula, masa hari ahad lepas..saya dan family pergi menghantar pengantin kat rantau panjang, klang..pengantin tu sepupu saya juga..meriah juga la majlis kat sana..lauk pauk ok..cume nasi je lembek sket..terlebih air la tu..hoho..


lepas menghantar pengantin..kami beramai2 lepak di rumah saya sampai ke petang...elok2 je sampai dirumah, zikri dah mula menunjukkan simptom2 semput..makin lama makin teruk...mama risau tengok dia..lepas tu mama suruh saya bawa zikri ke klinik amik gas..saya dan en.suami tanpa berlengah terus siap2 pergi klinik..tapi disebabkan hari ahad..byk klinik yg tutup..susah nak cari klinik..lagi pon waktu tu pukul 3.00pm++ biasanye klinik akan tutup pada pukul 12.00pm - 5.00pm.tapi syukur alhamdulillah kitorang jumpa klinik..cepat2 pegi dan kata nak amik gas..tengoklah gambar dibawah ni..zikri sampai dah biasa dengan alat tu...selalunye meronta2 tak nak amik gas...tapi disebabkan semput yg agak teruk..dia ok je kali ni..




lepas amik gas, terus otomatik dia jadi aktif semula..jadi banyak bercakap dan tak mau duduk diam..sebelum tu asik nanges aje..maybe dia pon tak selesa so nanges je la..korang nak tau tak harga amik gas + ubat dia berapa? RM70 saya kene..kalau pegi klinik yang biasa pergi takde pon sampai macam tu..haishh! 


balik rumah, mama dan lain2 still ada lagi..kami singgah beli goreng pisang panas untuk mereka yg ada di rumah..lepas tu lepak2 tengok tv dan borak2 bagi kecoh sket rumah tu..kalau tak, rumah saya hari2 sunyi sepi..dah la kawasan rumah saya tu pon sunyi sepi..orang2 kawasan tu jenis suka duduk dalam rumah..stail ala2 duduk apartment/condo je..padahal rumah bawah...huhu...


ok sambung cerita zikri tadi..lepas balik klinik, dia pon ok jek..jadi aktif balik..sampai rumah terus main2 dan bising2 macam biasa..tapi ok sekejap jek..dalam 2 jam aja..dalam lebih kurang kul 6.30pm semua bergerak balik rumah...tapi mama ngan ayah saya yang hantar sebab saya cadang nak tido rumah mama haritu..on the way tu, zikri pon jadi semput balik..risau sangat tengok keadaan dia macam tu..kami terus pergi klinik yg dekat area rumah mama tu..slalu juga la ke klinik tu..pergi sana terus amik gas..lepas tu doctor cek..still tak ok lagi..kene ambil lagi gas untuk kali kedua...lepas tu baru ok pernafasan dia..doctor bg macam2 nasihat..macam mana nak jaga anak yg ada  asma ni..tak boleh dengan debu,asap,habuk,sejuk,air yg masam2,etc la...banyak sgt pantang larangnye...dah la anak saya ni G6PD..lepas amik gas baru zikri ok...terus aktif..


balik rumah dia still ok lagi..tapi tak sampai 2 jam lah...lelah dia jadi balik..saya pon cepat2 bawa dia pegi klinik tadi tapi pembantu klinik cakap tak bole bagi gas lagi...tak sampai pon 4 jam..lagi pon  doktor takde...dorg suruh bawak gi spital..saya pon tak agak2 terus ke hospital...redha aja la..kene tahan ward pon saya sanggup janji anak baik.masa on the way ke hospital zikri menanges tak henti2..sampai kan saya pon menanges sama,tak tahan tengok anak saya macam tu, nak bernafas pon susah. dia tarik nafas sampai kedalam2 dada dia tu..kalau boleh biarlah saya yang tanggung semua tu.:'( 


sampai HTAR..terus pegi emergency...wow! dah baru la..sejuk giler dalam tu...hehe..sempat lagi nak teruja2..sampai kaunter terus saya minta nak amik gas untuk anak saya...dia pon terus bagi masuk..tak daftar pon lagi..sampai jek terus amik gas...zikri sampai kesejukan masuk dalam bilik asma tu..menggigil2 dia..kesian tengok..saya pon balutkan dia dengan selimut hospital tu..lepas tu saya peluk dia kuat2..bagi panaskan badan dia...tengok lah aksi mak n anak ni semasa di hospital..sempat lagi ambil gambar..




dua kali juga lah kene amik gas masa kat emergency nih...tp memang prosuder kat hospital ni 3 kali amik gas kalau tak ok baru masuk hospital..nasib baik zikri 2 kali jek...huhu...so takde la masuk ward..yahooo..dalam hati..hehe..lepas dah ok tu...saya dan adik pegi la ambil ubat kat kaunter farmasi..korang nak tau tak kene bayar berapa? jeng jeng jeng...PERCUMA ok...tak payah byr pon..huh! betapa membazirnye saya byr RM70 tapi tak ok juga..ekceli org kat farmasi tu kata tak payah bayar sebab dah byr masa daftar tadi...hehe..saya rasa saya tak byr apa2 pon..dan tak daftar pon...saya dan adik senyap je pastu terus blah...sambil sengih2...hihi..patutnye masa daftar kene bayar RM5..:p


akhirnye...sampai ke hari ni..kesihatan zikri beransur sembuh..dan aktif macam sedia kala...semoga lepas ni dia akan terus sihat dan aktif...takmo lagi kene semput2..amin.....

Friday, May 7, 2010

mintak urut belah kanan aje boleh? :p

semalam tepat pukul 6.00 pagi...zikri merengek2 minta susu...dia kalau dah merengek tu kene la cepat2 buat...kalau kita lambat2kan nanti jadi la mengamuk dia...serta merajuk...tak pasal2 kene pujuk2 baru nak minum susu...hehe..manja tul anak mommy sorang ni..

so semalam tu...dia mula2 merengek2...tapi saya punyalah malas nak bangun...lepas tu lama2 dia dah jadi mengamuk pulak dah....hahaha...saya kene cepat2 bangun...kalau tak nanti bila dah buat susu dia tak mau minum pulak...kene pujuk2 pulak...so saya pon bergegas la menuju ke meja dimana saya letak susu,thermos & air masak...dah prepared susu tu...saya pon shake2 la susu tu sambil gi basuh tangan jap kat sinki bilik air tu...pastu tiba2...gedebuuukkk!!!
adeh...saya tergelincir la pulak..jatuh depan sinki..cepat2 bangun bagi susu kat zikri...dia pon senyap bila dapat susu...

tapi semalam tak rasa pon sakit2 or sengal badan...releks jek..tapi pagi tadi tiba2 bangun pagi saya rasa kat kaki dan punggung belah kanan..ha..sebelah aje ok...haha..sebab jatuh sebelah je...tak yah la korang bayangkan cemana...hihihi...sakitnye lah wei...sengal2 dah ni..

ni yang nak mintak en.suami tolong urutkan ni..."abang, tolong urut punggung belah kanan aje boleh?" hahaha...agak2 korang dia nak tak? :p *hanya untuk bacaan org dah kawen aje* yang belum kawen buat2 tutup mata aje la...haha.. ;p

Wednesday, May 5, 2010

bile tarikh mother's day ek?

lama la pulak rasanya saya tak update kat sini...mana taknya saya sekarang sibuk meng'update' akaun facebook saya yang dah bersawang mawang tu sampai terlupa pada blog saya yang comel nih...hehe..


ok, tadi saya jalan2 ke blog kak ah..dia cerita pasal hari ibu atau dalam bahasa inggerisnya mother's day..lepas tu baru saya terfikir sejenak...bile kah hari ibu ek? bila tarikh spesifiknye? hehehe...apelah jaja ni dah jadi ibu pon boleh lupe hari2 penting macam tu...hari khas untuk ibu pulak tu...*geleng kepala* kawan2 tolong bagitahu saya ek...saya malas mencari...:p


semalam tiba2 aja salah seorang director dalam company saya kerja ni boleh sound saya " lepas ni jangan pakai tudung " terkejut beruk saya dengar...saya malas nak layan org camtu...saya pon buat tak tau aja...anggap macam tak dengar je dia cakap..ape lah..first time tau selama 5 tahun saya bekerja bos suruh saya jangan pakai tudung...statement dia sedikit kurang ajar pasal dia menyentuh sensitiviti kita sebagai umat islam...haishh!!..saya dah kawen ok...jangan menggatal..nanti zikri pok kang kalau orang menggatal ngan mommy dia...hahaha...jangan main2 anak saya garang tau....


ok lah..itu saja buat masa ni...catch u later..bye